Terima kasih Ya Allah..
Tika aku kesunyian bertamukan para malaikat.
Engkau hadirkan ilmu dan pengetahuan sebagai hiburan kepada ku.
Tuesday, 27 December 2011
Friday, 23 December 2011
Bagaimanakah jika manusia itu berteman dengan yang tidak terlihat dengan fizik selain dari Raqib dan Atid.
Tuesday, 20 December 2011
Mungkin ini adalah yang pertama dari yg pertama.
aku mengabaikan sinar dan mencoret pandangan yang khilaf.
smoga tulisan ini membawa aku mengenal diri aku ini
dengan lebih pada sifat dan pemikiran.
Sungguh rumit apa yg aku lalui..
untuk dikisahkan..
aku merasakan lagi..
konflik dalam diri dan personaliti..
1 aku yang wujud dalam sifat..
dari aku yang lalai.
Aku mengutamakan dunia,mengidamkan kenikmatan dunia..
dan aku menerima cinta dari manusia ke dalam hati aku..
sesungguhnya ia datang dengan 1 harapan..
yang cinta yang aku terima itu akan menerima aku
mengadaptasi aku ke dalam masa depan yang jika ditakdirkan
aku untuk bersama dengan nya..
bertolak ansur dan mencari erti sebenar kehidupan
mencari makna di sebalik perselisihan faham..
mencari kebahagian di sebalik pergaduhan..
menyayangi dan mencitai dengan seihklas hati..
semoga satu hari nanti
akan dapat aku bawa dia bersama
ke jalan mencari Allah
akan dapat aku bersama dengan dia bersama
mendekati Allah dengan perasaan
menolak semua kepalsuan dunia bersama
menyucikan hati dan segala kekesalan
..
Tetapi..
semakin hari aku lihat sinarnya menghilang..
lemahnya aku ini..tewasnya aku ini..
dan aku lihat perubahan yg ketara pada dia..
kerana hubungan ini kepada dia..
tidak lebih dan tidak lah kurang
seperti mana aku sangkakan.
sudah cukup harapan aku letakkan
sudah cukup usaha aku bekalkan..
dan akhirnya ia tetap gagal.
dan nyata ia satu kepalsuan.
terkadang rasa cinta itu datang
aku biarkan ia dalam gelap dunia
kerana ia tidak bermakna apa-apa..
walaupun masa jika mampu diubah..
tapi sikap,perangai dan takdir dia
dengan cukup segala syarat
menolak kewujudan erti sebenar cinta.
dan akhirnya aku mnegerti
walau pun sekuat mana aku harapkan..
sebanyak mana peluang aku berikan..
sedalam mana Cinta aku curahkan..
selama mana masa aku habiskan..
aku tidak akan dapat mengubah sesuatu yg bukan milik aku
yg bukan cintanya ikhlas kepada aku..
biarkan lah perasaan ini,akan terus terdiam disini.
selama mana masa aku mampu bertahan.
akan aku nafikan perasaan terhadap mahluk ini demi Tuhan.
2 dalam aku adalah alter..
yang muncul tatkala ia ingin tiba..
Ia adalah perasaan cinta yg hakikat..
cinta kpd makrifat..
asal usul kewujudan segala cinta..
perasaan ini menolak semua keduniaan dari dalam hati..
ia mengidamkan keagungan Allah..
pabila ia bergolak..
rasa bersalah aku timbul setiap hari..
kerana menafikan cinta sebenar yang mengiringi aku selama masa aku hidup..
aku idamkan kekosongan..
dan keabadian dlam keihlasan..
hanyut lemas dalam dunia aku..
wahdatul-wujud..
merasa Allah dngn pancaindera..
ia adalah sebenar-benar ihsan..
sejauh mana kah perasaan ini..
ia telah menafikan seluruh pemilikan aku..
kerana semuanya adalah datang
dicipta
dimiliki oleh Allah Tuhan Yang Memilik Segala-Gala..
hingga ia menafikan kewujudan aku..
Aku tidak nampak adanya sebab lain kewujudan aku..
melainkan menjadi hmab yang mencintai Tuhannya setiap hembusan saat dan tika..
mengisi segala pemikiran dgn ingatan yg sebenar-benar tulus dan ikhlas
dan menafikan semua yg wujud tercipta..
ia menafikan segala hubungn mahluk..
segala perbatasan mahluk..
rasanya berdampingan dgn ALlah S.W.T..
dan setiap bait doa itu
memecahkan segala rasa yang hadir..
dan cinta kepada rasul itu dirasai dgn hakikat..
kerana ia bersama Allah yang memebri segala rasa..
Di mana hidup aku ini terisi dgn perasaan kepada Nya..
dan menghilangkan segala perasaan dan nafsu..
membatasi segala keinginan..
seperti mana dalam solat..
kehidupan itu sudah menjadi seperti satu ibadat..
yang diniatkan kepada Allah..
ikhlas dan luhur semata-mata..
bkn kerana Syurga dan pahala Nya..
dan juga bukan kerana Neraka dan dosa Nya..
Ia satu titik yang berada di tengah..
hanya separuh mampu ditulis.
dan huraiannya tertinggal di dalam hati..
apa yang berlaku..
mungkin tidak mampu aku hadapi..
tp..
terkadang aku sesat memilih jalan yg khilaf
dan terkadang aku buta melihat sinar yang beserta
Aku akan tetap meletakkan Allah sebagai tujuan utama
keyakinan,kebesaran dan pengabdian
penyerahan yang tiada bandingnya
sehingga hujung nafas aku..
dengan harapan ataupun tidak
tetapi dgn keyakinan
yang Allah..
adalah segala yg melebihi segalanya untuk aku..
:(
Saturday, 10 December 2011
Negara ini sedang mengamalkan Politik Demokrasi yg semakin kotor dan buruk.tidak cukup dgn penghinaan sesama sendiri,caci maki, fitnah, pnyelewengan, ketidak adilan hak, rasuah, lobi,perpecahan umat - sehinggakan Hukum Allah di jadikan topik permainan perbualan dan sindiran.
"Ia adalah sebab yang kita harus melemahkan iman, membasmi dari minda bangsa-bangsa lain prinsip-prinsip Allah dan Kerohanian, dan menggantikan konsep ini oleh pengiraan matematik dan keinginan Material."
Protokol of Zion No. 4"
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir”. (al-Maidah: 44)
“Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah dia adalah orang-orang yang fasik”. (al-Maidah: 47)
"Barang siapa yang mengganggap hukum lain lebih baik atau sama dengan hukum Allah maka dia telah melakukan syirik yang besar, keluar dari agama Islam iaitu kafir & dia perlu mengucap kalimah syahadah serta mengakui kesilapan yang telah dilakukan".
(Tuan Guru Nik Aziz)
Smakin lama lagi,permainan politik akan menjadi semakin kotor dan bernanah.
Ia akan sentiasa memecah belahkan setiap pengganutnya,walau dengan sekecil2 kelemahan,sedikit kesilapan ataupon hanya dengan kesilap fahaman akan sebaris kata-kata.Semuanya akan memecah belahkan.Dan negara berdemokrasi, akan runtuh dan dijajah dengan sedar ataupon tidak.
"Democracy is the worst form of government except for all those others that have been tried."
Winston Churchill
Former Prime Minister of United Kingdom, (1940–45 and 1951–55)
Semua tanda KEBURUKAN yang dibawa oleh Demokrasi.
Politik kepartian,satu racisme dan diskriminasi kepuak-puakan yang bersifat Assabiyah.
Macamanakah lagi ia akan mampu menyatukan rakyat.
TAPI,
Semua yang ditakdirkan Allah itu berhikmah.
Satu titik demokrasi yang memecahkan umat ini akan menjadi satu langkah nyata ke arah Kebangkitan Khilafah Islamiyah.
Ia akan menjengah zaman sebenar syiar Islam,pembelaan Palestin dan Al-Aqsa dan penyatuan Ummah (mazhab dan parti).Ia adalah Syura'.Ia adalah Islam.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh)" (TMQ Al-Baqarah: 208)
Khilafah itu akan tertegak,dan Hak Allah itu tidak akan mampu dinafikan.
Kaum-kaum sekular akan terkunci dengan kepalsuan dunia.
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
Dan zaman Hak ini,tiada lagi orang yang akan mempersendakan hukum dan undang-undang Allah.
"In the year 2020 a new Caliphate would emerge on the world stage."
CIA
National Intelligence Council,December 2004
Hari ini 14 Muharram 1433.
10 Disember 2012.
Aku masih dan tetap yakin akan tibanya kemunculan Daulah Islamiyah,
sebelum ataupon sehingga kemunculannya Al-Mahdi.
Dengan Darah ataupun Akal aku.
Dengan masih BerNafas mahupun dengan hanya Jasad yang terkaku.
InsyaAllah.
Friday, 9 December 2011
Sangat sukar.
Thursday, 8 December 2011
Banyak sudah pengkajian aku tentang pelbagai cabang ilmu..
Tuesday, 6 December 2011
Setiap kali aku melihat ke masa belakang..
Monday, 5 December 2011
Ya Allah..
Saturday, 3 December 2011
Ya Allah...
Ya Allah,
Ya ALLAH..
Saturday, 26 November 2011
Perjalanan mengenal dan mendekati Allah
Friday, 25 November 2011
Hari ini.
Masih ada ruang untuk aku . .
Monday, 18 April 2011
cukuplah Engkau bagiku berbanding segala-galanya..
buangkan keduniaan dlm hati-ku ini ya Allah..
Aku xingknkan segala apa
aqu takut aku akan berpaling lagi dari Mu
aqu takut dosa yg aku lakukan..
aqu takut aku akan melakukan pengkhianatan terhadap-Mu..
takut..
kerana tika ini..
setiap saat ingatan ku..
tidak lah penuh terisi dgn nama-Mu..
dan hatiku tidak lagi
berkata-kata dengan Mu..
tidak lagi segalanya
diniatkan kerana Mu..
tidak lagi ingatan aku
sepenuhnya kerana -
Mu..
Ya Allah..
tolonglah aku..
kosongkan lah keinginan aku
cukuplah Engkau
bagiku . .
cukuplah Engkau menjadi makna
sebab untuk kehidupan aku..
jika ia hilang
tiadalah aku beza
dengan haiwan-haiwan..
kehidupan yang melunaskan makan
& nafsu..
dan jarum saat aku tiada lagi membezakan
antara 1 kehidupan dan 1 kematian..
barzakh menanti dengan jawapan..
masyar menanti dengan timbangan..
akhirat menanti dengan penyelesaian..
bukan itu yang aq ingn..
aq cuma mahukan 1..
Engkau wahai Tuhan-ku..
Yang Memiliki aku dan segalanya . .
:(
Tuesday, 8 March 2011
Kadang2,apa yg kita mahukan xtercapai,
kerana Allah menginginkan kita mndapat sesuatu yg laen..sungguh kerana dalam setiap yg terjadi itu mengandungi HIKMAH dan ia wajib diyakini.
Seandai aq memikirkan itu,segala cabaran dan ujian tampak senang dilalui,fizikalnya ceria sedangkan dalaman seperti xmampu tertanggung.
semakin kita menghampiri ALLAH semakin banyak dugaan yang melanda,dari persekitaran,kata2 orang lain, juga dari diri kita sendiri.
Diri sendiri? .kenapa tidak,Allah S.W.T pernah menegur Nabi Musa A.S,bahwa musuh yang paling besar adalah diri sendiri.
Kerana apa?dalam diri itu terkandung keinginan,nafsu,kehendak yang tak pernah puas,kerenah,kebosanan dan smuanya..
jawapan bagi sestengah pendapat lunak menjawab : kita manusia bukan nabi.
sebenarnya,orang yang mengatakan itu jahil dari mengenal Agama Islam yg sebenarnya,mengasingkan Muhammad S.A.W dalam kehidupan, xmalukah mengharapkan Syafaat Muhammad S.A.W kelak?kerana bukan nabi lah kita dipimpin Nabi dan Al Quran,untuk mencapai islam melalui telunjuknya.
Bagi yang tertutup pintu dirinya,segalanya tampak mustahil,sedangkan bagi Allah itu TIADA YANG MUSTAHIL.
Karomah para wali yang berdampingan dengan Allah sangat bnyak.Maryam contohnya,siapakah yang menghidangkan makan dan minum kepadanya,?Haidar sendiri sudah tahu siapa yang akan menamatkan ajalnya kelak,dan membiarkan semasa dya masih dikandung nyawa.dan mereka bukanlah dari kalangan Nabi.
Ada beratus ribu wali-wali Allah yg diberikan anugerah dari Allah,,mampu memisahkan dunia dari jiwa mereka.Haidar pernah mengatakan ~ "aku ceraikan dunia ini dengan talak 3".
Muhammad S.A.W pernah mengugkapkan Haidar dalm baitnya~ jika aqu adalah kota ilmu,maka Haidar adalah kuncinya.betapa mulianya seorang wali Allah yang sememangnya bukan bergelar Nabi.
Aqu xpernah merasakan aqu ini sempurna xpernah merasakan aq ini lebih dari orang laen,dan setiap hari aq mencemuh diri,aqu adalah manusia paling jahil di dlam dunia,plg bodoh d dlam dunia,xmmpu dan xlyk untuk mnjadi hamba Allah,xlyk untuk berdoa kpd Allah,,xlayk untuk mnyebut Allah..
siapa aqu?mampukah aqu,dgn ilmu yg xsmpai stitik,dngn bebanan kesalahan dan kelalaian ini,siapa aqu berbanding Abu Qasim Al Junaid?siapa aqu berbanding Ibrahim Bin Adham?siapa aqu berbanding Haidar?
berhati-hati bila berkata terhdp orang lain,kerana Zat Allah itu maha Agung,kelak di akhirat,tiada yg dapat melindungi..
Aqu msih lg lalai,tp xbrmkna aqu xbrusaha mncapai.luaran aqu xmencermin apa2.jasad lahiriah ini jika ditanam tidak smpai 40 hari sudah hancur dimamah bumi.apa yg ada pada jasad ini untuk dinilai?jangan berfikir seperti tahu segalanya.semakin bnyak ilmu yg disebut mnyedarkan smkn bnyk ilmu yg kurang.tiada salahnya mnybut ilmu.
usaha untuk mencapai tidak senang,membuka hati,menyambung benang2 ilham dgn mengenal dan merasai Allah sangat sukar.
dan apabila telah dicapai,1000 dugaan akan datang mencabar.ini adalah harga keikhlasan dan perjuangan.
cemuhan dari orang laen?ia adalah ujian dari Allah.kadang2 kedengaran suara2 yang berkata tentang ilmu,tapi mereka tidak mengatakan kerana Allah lg,lebih lagi kerana perasaan hati ,ingin memuaskan hati dan menyakiti.dan bersabarlah,kerana itu juga dari Allah,setiap yg berlaku adalah dari Allah,tanpa izinnya,walau sehelai daun pun tidak akan gugur.
cemuhan itu menjadi sesuatu yg nikmat didengari,kerana hakikat yg diketahui,ujian menandakan garis ukuran iman seorang mukmin. dan jwapan yg berlunaskan hawa dan ketidakpuasan hati menunjukkan kejahilan,dan pujian itu membawa kelalaian,siapakah yg berkata?
tidak tahu boleh bermakna lupa
sememangnya ilmu tidak bersinggah menegur hati.
ini diungkap bukan untuk mencela,bukan untuk menghukum,tapi untuk menyedar diri aq sendiri.
Walau orang gila pon berhak menyebut nama Allah,
berhak memperjuangkan Allah,lebih2 lagi apabila yang waras tidak mampu berfikir,yang waras hanya mahu menjaga keluarga sendiri,dan kelak,yang waras tidak menegakkan hak Allah,yang waras berfikir tanpa panduan.xmalukah memohon rahmat Allah?
adakah mengakkan yg benar memerlukan syarat?
Allah sjalah yang berkuasa ke atas hamba-hamba Nya.
Bersabar,
perlahan-lahan mengubah direksi hidup,
mencari makna yang benar Allah S.W.T dan mencapai kecintaan yang sebenar kepada Muhammad S.A.W,
mengikis sifat2 jahil dari dalam diri,bukan menghukum tanpa bukti.
Apabila segalanya telah tercapai,maka benarlah kata beberapa ungkapan kekasih kekasih Allah,
hidup ini sebenarnya mati,dan bermulalah kehidupan yang sebenar adalah setelah jasad duniawi ini mati.
tatkala kehidupan yang abadi bermula,dan cinta kepada rasul dan Allah adalah segalanya,zikir menjadi makanan dan syurga juga bukan lagi tempat yg dinanti.
Cukup lah ALLAH berbanding segala-galanya..
Saturday, 5 March 2011
jutaan cahaya dunia
yg melimpah
x mampu menyinar
walau satu titik
dari permukaan ini
yang mampu
hanya sinar
dari keikhlasan
dan pembersihan diri dengan
kewujudan-NYA
...
penuhnya hitam..
tulisan nya putih..
medan ini..
semakin seperti ..
sama dalam hati
aku . .
gelap
dan
gersang
dengan
kata-kata
kepada
tu
han
ku
A
L
L
A
H
.
.
.
ampunkan aqu..
bersihkan aqu..
rahmati aqu..
apa yg aqu mahu..
bukan harta yg dan nafsu yg memenuhi diri..
bukan cinta dan keinginan yg memenuhi hati..
tp
diri-MU
sehinggakan tiada yg lain yg aku mahu..
melainkan MU
dan kerinduan melihat Mu
kerinduan..
yg menghilang
segala perasaan duniya
perasaan
yg mencukupkan sifat aqu
MANUSIYA seperti dituntut MU..
dan..
setiap gerak langkah ku..
kata-kata ku..
perbuatan..
amal ibadat ku..
dan NAFAS ku..
adalah milik Mu..
adalah
ibadat kepada Mu..
dan hanya kerana Mu..
ALLAH tuhan sanjungan
impian HATI untuk bertemu
sebenar2 cinta dan keabadian
yg BENAR melupuskan
seluruh kepalsuan DUNIYA
yg sebenarnya adalah ciptaan
dari MU..
aminkan doa ku..
Ya ALLAH . .
:(
Sunday, 23 January 2011
semua yang HARAM sudah menjadi HALAL.
perkara yang HALAL sudah menjadi HARAM.
APAKAH MAKNANYA .
apabila HUKUM AGAMA sudah menjadi lagi nipis dari HELAIAN KERTAS.
sensitiviti DOSA?
hidup ini cukup SINGKAT untuk DINIKMATI dengan DOSA
dalam RUTIN HARIAN yang dikumpulkan setiap hari.
perubahan.
IA TELAH DATANG.
TATKALA MANUSIYA sedang BERSERONOK dengan permainan HUKUM dan HIPOKRASI KEIKHLASAN dengan YANG WAJIB,setibanya kenderaan yang menghantar KITA ke DUNIA SETERUSNYA,semua PERMAINAN dan KEEGOAN akan menjadi PENYESALAN yang TIADA PENGHUJUNG.
sebelum kenderaan KITA TIBA,benarkah KITA mahu teruskan melawan PERATURAN yang telah ditetapkan DIA.
HIDUP lah sebagaimana anda mahu HIDUP,kerana MATI itu tidak akan seperti sesuatu yang anda INGINKAN.
satu persoalan yang harus dihayati.jawapanya bergantung.
Siapa ALLAH ?
adakah hanya untuk diingati dalam solat 5 waktu.?
tepuk dada,tanya segala apa yg anda miliki.




