Ya Allah,
suluk mencari Mu akan aku pertahankan dengan Daya Upaya aku..
akan aku jaga setiap inci dari perasaan Hati ku..
akan aku nafikan keinginan keduniaan satu persatu..
Dengan Redha Mu akan aku jaga setiap pemikiran ku..
akan aku pertahankan kelembutan hati aku..
akan aku kekang kehendak dan nafsu keduniaan ku..
akan aku isi ingatan ku dengan kehadiran Mu..
akan aku sebut nama Mu dalam jaga dan tidur ku..
akan aku pertahankan Fana mengingati Mu..
dan rindu aku kepada Mu Ya Allah..
Hingga hujung Nyawa aku..
Tiada yang dapat mengganti Mu..
Tiada yang dapat mengganti ingatan terhadap Mu.. :(
Janganlah Engkau duga aku dengan kelemahan melainkan Engkau sertakan aku kekuatan..
Ya Allah..
Betapa nikmatnya aku..
Jika 1 saat nanti akan dapat aku kecapi lagy..
Hidup hanya kerana Mu..
Setiap hembusan nafas dan dengupan jantung..
hanya untuk Mu dan berlaku dngn redha Mu..
aku merasakan kewujudan Mu sepanjang saat aku..
mengerakkan jari-jari dengan izin Mu..
dan bebas dari perasaan keduniaan..
yang tinggal hanya lah rindu..
rindu..
dan apa yang aku lihat di depan pancaindera aku..
hanyalah kewujudan Mu..
tiada yang lebih..
tiada yg terkurang..
dan melupakan perasaan yagn aku ini sebenarnya hidup..
dan tiada beza nya lagi aku dgn mati..
kerana di akhirnya..
apa yang aku inginkan..
Cuma lah
Diri Mu ..
Ya Allah..
tidak puas menyebut nama Mu..
tidak keterhinggaan rasanya
bila menulis kerana Mu..
Ya Allah..
Ya Allah..
tapi siapalah aku..
untuk mengatakan cinta kepada Mu..
sedangkan dunia
sedang membelit aku dengan kehidupan...


0 comments:
Post a Comment