TANDA-TANDA orang yang akan MENINGGAL DUNIA

Saturday, 26 June 2010

0 comments  

Salam lagi ke atas semua jasad yang bernyawa.

apakah tanda-tandanya ini?

tanda-tanda orang yang akan meninggal dunia?.

sesuatu yang ramainya kita tahu dan xpernah ambik tahu..aq sendiri melepas pandang untuk mengambil tahu..takut untuk memikirkan..hm..

tapi selepas apa yang telah berlaku kepada seorang sahabat,wajar kiranyanya untuk aqu mengambil ikhtibar atas apa yang telah berlaku..semoga peringatan dan pengajaran yang disinarkan oleh Allah S.W.T melalui peristiwanya,dan supaya ia xmenjadi sia-sia.

Wallahualam ,Bagi yang mengetahui kisah Arwah,sudah pasti tragedi ini meninggalkan perbagai soalan yang tidak berjawab..peristiwa kematiannya meninggalkan seribu kesan kepada mereka disekelilingnya..Tanda-tanda yang berlaku ini,telah separuh dirasainya sebelum ajal menjemput keesokan hari.

Semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa Arwah.Dan bagi kita yang hidup untuk mengambil ikhtibar dari pengalaman arwah..Ya Allah.

Al Fatihah kepada Arwah Faizal Abdul Aziz yang telah pulang ke rahmatullah pada 14/jun/2010.

----------------------------------------------------------------------------

” Tanda 100 hari sebelum meninggal “

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini samaada mereka menyedarinya ataupon tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ASAR, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami GETARAN ATAUPON SEAKAN AKAN MENGGIGIL.

contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang ,setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengankenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitusaja tanpa sembarang manfaat…

semoga Allah merahmati umur kita yang masih ada..

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluangterbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudahmati.

” Tanda 40 hari sebelum hari mati “

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ASAR, bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut pada ketika ini ,daun yang tertulis nama kita akangugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa..

MasyaALLAH

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu danjika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akanbingung dan linglung seketika…Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“Tanda 7 Hari”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan…

” Tanda 3 hari “

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitudiantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan makaberpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti….

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesanjika kita melihatnya dari bahagian sisi…

Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam…(wallahualam pernah berlaku kpada arwah atuk..)

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

” Tanda 1 hari “

Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya….

” Tanda akhir “

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibagian pusatdan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bagianHalkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiamdiri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula…

semoga ia kan menjadi salah satu dari Taman taman Syurga Mu ya Allah,dan bukannya salah satu dari Lubang-lubang Neraka MU..

Ya Allah,sesungguhnya dari ENGKAULAH aqu datang dan kepada ENGKAULAH aqu kembali . .Ampunkan aqu ya Allah..

ampunkan aq atas sebarang khilaf terhadap fakta didalam notes ini,yg benar hanya Dari Allah,dan kekhilafan adalah penuh pada diri aq sendiri.

rixal.mounfield

TIADA HARAPAN untuk SAMIRI (DAJJAL)

Tuesday, 22 June 2010

0 comments  

Samiri adalah seorang manusia yg genius dianugerahkan oleh Allah,namun ketamakan dan keangkuhan nya mmbuat dia mngaku bahawa dia sendiri adalah Tuhan.Sungguh,dia adalah antara manusia yang ditangguhkan termasuk Isa Al Masih dan iblis.

Namun notes ini bukan lah ingin menceritakan tentang sejarah dan siapa itu samiri, tetapi sedikit rumusan untuk dikongsi bersama.

UFO ataupon Unditifying Flying Object mungkin hnyalah satu cerita dongeng bagi sesetengah orang,dan bagi sesetengah orang yg berpegang dengan itu maka dye adalah catur dari permainan dajjal.Banyak bukti yang tidak dpt disangkal,bnyak tragedi telah berlaku,kehilangan dan sebagainya.sngt bnyk unutk dicatatkan - (sngt bnyk case) .

Sedangkan ia hnyalah salah satu dari knderaan dajjal.Teknologi yg dimilikinya adalah beratus tahun lebih canggih dari dunia sebenar.Tragedy Roswell misalnya,kenapakah pihak Amerika merahsiakanya?melaenkan Amerika sendiri mempunyai kaitan dengan project yang diberi nama THE BLUE BOOK ini.



Dimanakah titik berkampungnya dajjal ini?bnyak pendapat mngaitkan dengan segi tiga bermuda. Umum mengetahui bahawa Segi Tiga Bermuda juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan,telah menelan beribu2 nyawa,kapal terbang,kapal tanpa sebarang petanda & klu.! –more info just google--bagi penduduk sekitar ada yang mengaetkan tragdi2 kehilangan kapal2,pesawat yg segitiga bermuda berkaitan degn roh2 jahat.Kerana pada pertngahan/awal telah berlaku tragedy lbih kurang 10 juta orang negro yg telah dibuang hidup2 ke dalam laut oleh tentera Amerika(diskriminasi perkauman) (xingt sumber) tp yg lebih mngjutkan,ade kajian yg telah dilakukan dan jaga sedikit gambar yg dismbunyikan Nasa,seperti terdapat satu PERTEMPATAN DI DALAM LAUT.hingga sekarang kapal2 terbang & kapal laut yg melalui kawasan segi tiga bermuda akan hilang tanpa khabar berita,tanpa tanda amaran S.O.S dsb.Malahan Satelit juga xmampu untuk mndaptkan gmbaran pada kawasan ini.

Dikatakan juga kadar perubahan medan magnet yg pelik berlaku disitu yang menganggu siaran satelit –bny info boelh dirujuk,buku2 dsb- ada mengaetkan dengan pertemuan airl laut panas & sejuk,-tpi disangkal oleh para saintis kerana bnyk lagi titik2 pertemuan air laut panas & sejuk tapi tiada yang mempunyai misteri seperti ini-.

Apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh dajjal dengan teknologinya yg maju itu?

Dajjal mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh Nabi Sulaiman!

Nabi sulaiman adalah satu2nya nabi yang mmpunyai kerajaan yg pling besar & gilang gemilang dalam sejarah, tidak akan ada lagi selepasnya.Membina haikal Sulaiman,mendapatkan cincin Sulaiman,tongkat Musa A.S semuanya kerana karomah dan mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh Sulaiman A.S..Dajjal ingin mmbina Haikal sulaiman di baitul Maqdis.Kenapakah bermula di Baitul Maqdis?sejarah telah membuktikan,Dzulqarnaen,Daud A.S,Sulaiman A.S memerintah dunia dan siapa yang ingin merajai dunia,haruslah menguasai Baitul Maqdis.
(wallahualam,ade terbaca bnyak pandangan dari pengkaji2 islam..dan ada masih banyak lagi sebab ) . .dlm hadis Nabi ada mengaitkan bahawa tongkat Nabi Musa A.S juga berada di Baitulmaqdis(kini dipanggil Jerusalem)


Freemason & illuminati telah mencapai dan berjaya melakukan apa yang telah dirancang untuk mereka.Malaysia sendiri sudah dijajah merka tanpa sedar.sangat banyak kesan tentang percaturan Samiri terhadap kehidpan dunia sekarang.

TAPI.Allah meletakkan kemenangan terhadap hamba yang memegang Panji Kebesarannya.walau genius mane pon samiri tapi terdpt batasan terhdp ilmu yg xsbanding setitik dgn lautan ilmu Rasul.penciptaan pesawat terbang yg menjadi fitnah besar dunia(ufo juga dikatakan berasal dari planet asing) menepati sabda dari hadis2 Nabi,.Tanya diri anda benarkah Project Big Bang yg melibatkan berjuta dollar itu hanya kajian untuk mencipta keajaiban dalam sains?
Namun Samiri Al Maseh Palsu sedar bhawa ilmunya xakan setanding dgn ilmu yg diredhai Allah,sehebat mane pon teknologinya xakan mampu menandigi tentera Mahdi,kenapa?

Sebenarnya,ada diceritakan di dalam Al Quran Surah An Naml 38-40

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".


Karomah ini lah yang sedang cuba dicapai oleh dajjal.Cuba melepasai dinding ruang hukum fizik.Pernahkah anda dengar TELEPORTASI?

Hakikatnya,teleportasi telah lama cuba diusahakan oleh negara2 Barat,pada tahun pertngah 90an,saya pernah terbaca tentang ujian2 yang telah Berjaya dilakukan oleh saintis2 luar negara tentang teleportasi-bagaimana? Sejenis objek yang berada di Sweden (kalau xsilap,info yg sngt lama,xsimpan artikel tu lg) tlah hilang -transfer- dan muncul di sbuah Negara (german;xbrp ingt) lain dlm seklip mata.tetapi masih ada kecacatan pada objek itu.Teleportasi melibatkan penghancuran struktur molekul ke thap terkecil dan mnghantarnya ke destinasi dan MENSTRUKTURKANYA KEMBALI..namun beberapa kajian yg dijalan kan tidak berhasil.antara objek yang pernah digunakan dalm eksperimen ini adalah sebuah KAPAL LAUT.masalah yang timbul adalah untuk mngstrukturkan kembali molekul2 terkecil itu untuk menjadi objek yang asal.teknologi yg sngt hebat.

tapi dari manakah idea itu datang ?

sudah pasti AL- Quran.

sepertimana seorang yg diberi ilmu dari Kitab Allah mampu mmindahkan Singgahsana Ratu Balqis dengan seklip mata. yg smstinya Allah akan mngurniakan karomah yg pernah dikurniakan kepada seseorang yg memiliki ilmu dari Kitab yg mnjadi pesuruh Sulaiman A.S, itu kepada hamba yang dikehendakinya.Karomah dari seorang yg memiliki ilmu dari kitab,yang beriman dengan kitab Allah,dan mentaati Nabi, yg ilmunya xmampu ditandingi oleh ifrit mahupon dajjal sendiri.seorang yang berilmu disisi allah mampu melakukan sesuatu yang mustahil dengan mudah.

Kemenangan tentera Mahdi itu adalah diyakini walaupon dihadapi dengan perancangn rapi dajjal selama beratus2 tahun untuk menguasai dunia.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.


Seribu kemaafan atas typing error dan short of information,atau pon kesalahan (perlukan tguran)kerana tuk elaborate smua akn mnjadikan notes ini sngt panjang,hanya sedikit rumusan mudah untuk menambahkan pengetahuan & melanjutkan pengkajian bagi yang meyakini, tentang Hari Yang Bakal Tiba.

Dengan Kebenaran Al Quran yang xpernah silap walau 1 perkataan dan janji Allah,tentera Mahdi iatu akan datang memerangi Dajjal,dan masanya tidak lah jauh dari kita.Kemuncak perancangan nya akan tiba..

Semoga Allah melindungi kita dari fitnah2nya dan bala bencana.

Amin.


Kiamat lebih dekat dari yang DIJANGKAKAN

0 comments  

Sabda Rasulullah:"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman...

Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S...

Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi...

""Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

________________________________________________________________________

Ust.Harun Din dlm ceramah nya, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Bermaksud planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan .. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...

Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.. (Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..

(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Benarlah sabda RASULULLAH Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno... Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...

Jikalau ini benar, dunia akan musnah sebelum menjangkau 2100.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2010... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011... (Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)(kalendar kaum mayan juga berakhir pd tahun 2012)

Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...
(ini hanyalah rumusan dari pada kajian yg telah dilakukan oleh ramai2 pengkajicendekiawan2 islam )

Wallahu'alam. .. ...Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

...Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.

Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.. semua telah tertulis pada pd suratan,ALLah dan rasulnya telah lame memberi peringatan.yg tinggal kita untk mengambil pengjaran.

Wallahualam...segala kecacatan Dan kesalahan adalah dari Kami dan yg benar hanyalah pada Allah yang memilik Hari Pembalasan.

Tahukah apa yang kita SEBUT dalam solat sebenarNYA?

0 comments  

Wallahualam,kdang2 aku seing khayal dlm solat.
xtahu apa yg sebenarnya aqu sbut dan baca.
bgaimana aq mmpu merasakan zat Allah dgn bgitu,bgaimanakah mmpu aqu khusyu dgn ingatan kpada Allah dgn bgitu.dan sungguh aqu ini termsuk dlm yg jahil trhadap solat aq sndiri.
5 kali sehari smalam bersolat tapi msih xtahu apakah yg aq sbut.

Jadi apakah makna nya?

----------------------------------------------------------------------------------

MAKSUD-MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT





Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diridan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidalWahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

----------------------------------------------------------------------------

wallahualam,penghayatan bacaan yg disertai perngertian dgn makna bacaan dlm solat benar2 memberi seribu penghayatan,kusyu dan kemanisan dalam solat.tidak disangkal lg khayal terhadap Allah ini mncipta sifat ikhlas & cinta akan Nabi dan mengenal Allah dgn sebaiknya.

seribu kemaafan atas sebarang khilaf dlm maksud bacaan ini.