Mereka tidak akan mampu memahami Lisan ini.
Mereka tidak akan dapat merasai.
Walaupun mereka boleh membayangkan,
Namun fikiran mereka tidak akan sampai.
Fikiran mereka Tidak akan Sampai.
Walaupun, dalam hati mereka berkata.
Mungkin begini dan begini.
Seperti mana seseorang.
yang tidak pernah merasai sesuatu makanan.
mereka tidak akan mengetahui bagaimana rasanya makanan itu.
Kerana makanan itu hukumnya dirasa dengan lidah dan mulut.
tidak akan dapat difahami dengan kata-kata.
Seperti mana.
Jika adanya Wali Allah
berkata :
Kami merasai Allah.
Kami melihat Allah di mana-mana.
Adakah mereka mengerti ,
melainkan mereka telah melalui sendiri
pengalaman.
yang di izinkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.
Thursday, 24 January 2013
Wednesday, 23 January 2013
Apakah Kata-kata Insan boleh lakukan..
Adakah Caci Maki Insan boleh melukakan..
Adakah Pujian Melambung boleh menaikkan..
Adakah Diri ini bergerak dengan Redha Nya..
ADakah Diri ini bersebati Roh dan Jasadnya..
Hidup dan Mati..
Apa lagi Bezanya..
Apabila Roh, Jiwa dan Perasaan telah Mutlak bersama Nya..
Sedangkan Jasad hidup di alam fizik menjadi Manusia..
Ini lah Hidup tetapi Mati..
dan Manusia
Bukan lah Manusia..
Kalau ini adalah perasaan nya Maut..
Maka aku sedang bersebati dengan nya..
Seperti mana tidak terpisah Darah dan Daging..
Kerana
Hamba Allah yang sahaya itu..
Segala-galanya adalah kerana Allah,
untuk Allah,
redha Allah,
dan
Bersama Allah..
Allah..
Allah....
Hidup dan Mati..
Tiada lagi beza..
Engkau berikan aku rasa menghadapi KEMATIAN.
Engkau akan mengambil Aku.
Sudah dahulu aku lepaskan segala-gala.
Aku serahkan segala-gala kepada Mu.
dan pabila Engkau isyaratkan telah tibanya Masa aku ini.
Apa kah lagi perasaan yang tersisa dari dalam Hati aku.
Bukan Ketakutan kepada Maut yang diciptakan oleh Mu ya Allah.
Bukan ketakutan aku akan kehilangan Dunia ini,
Mahupun harta benda dan Kasih Sayang.
Aku Bimbang,
Jika telah tibanya Saat Aku,
Aku tidak akan boleh merasai Mu,
Aku tidak boleh lagi melihat Mu dengan Hati ku,
Aku tidak mampu lagi bersama Mu.
Ya Allah.
Jika ini lah perasaan berhadapan Maut yang Engkau ciptakan.
Dan Engkau juga telah mencabut Perasaan ini dari Diri Aku.
dan Janganlah Engkau mencabut Perasaan Cinta dan Pengabdian Mutlak aku kepada Mu Ya Allah..
Jika Dunia ini dicabut dari Jiwa aku sekalipun,
Aku tetap mahu Hidup hanya bersama Ingatan terhadap Mu
Ya Allah..
Ya Allah..
dalam zikir menyebut Nama Mu..
aku mengecapi..
'Allah akan Mengambil Mu'.
Allah...
dan Hanya Engkau lah aku kembali di akhirnya..
Thursday, 10 January 2013
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.
Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.
Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Monday, 7 January 2013
Alhamdulillah..
Aku semakin melihat Mu kembali..
Merasai Mu kembali..
Menghayati Mu kembali..
Semoga yang terkali ini
aku akan terus bersama-sama dengan Mu
sehingga ke hujung Hayat ku..
Hidup aku,
Hanya untuk Mu
Hanya untuk mencari Mu
Hanya untuk bersama Mu..
:)

