lihat.

Saturday, 10 April 2010

0 comments  

Aku menjumpai KEABADIAN dalam HATI
dan KELEMAHAN JASAD KU,
dan aku JUGA menjumpai KEDUNIAAN di DALAM JASAD
dan KELEBIHAN
SIFAT
AKU..

syukur.

Saturday, 3 April 2010

0 comments  

Ya ALLAH syukur lagi ke hadrat-MU dengan berkat ilham yang ENGKAU berikan kepadaku,aku menjumpai Jawapan kepada pelbagai persoalan dan ilmu yang ENGKAU ANUGERAHKAN.Ya ALLAH, aqu ini tak berkuasa menuntut ilmu melebihi apa yang mampu oleh ku,benarlah kata Mu,ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA SESIAP YANG ENGKAU BERIKAN.
Dan hari ini,susunan ilmu itu datang lagi,sendiri.Lalu dibenarkan oleh pembacaanku.

YA ALLAH,ilmu ilham ini telah banyak aqu dapati,YA ALLAH,ia tidak pernah menyalahi dari jalan MU,tidak menyalahi dari NABI dan KITAB mu,malah menuju semakin lurus ke arah MU,melalui teladan yang ENGKAU berikan kepada ku ,melalui seorang kekasih MU.Engkau jadikan DIA sebagai teladan kepada ku,dan ILMUnya datang kepada ku bukan kerana pembacaanku,dan bukan kerana diajar kepadaku.sedangkan aqu menyedari ILMU itu adalah ILMU yang benar, yang dimiliki MU.

YA ALLAH,YA ALLAH,YA ALLAH.

apakah yang membanjiri hatiku ini.
adakah ia adalah rahmat-MU ya ALLAH. .

Monolog Aqu Dengan Masa . .

Thursday, 1 April 2010

0 comments  

Aqu mencari jalan yang lurus.


Jalan yang mampu meyakinkan aqu,bahawa kelak ALLAH S.W.T tidak akan mempersia-siakan aqu.

Perjalanan hidup membuatkan aqu berfikir.Aqu mempersoalkan setiap apa yang berlaku.
Dalam sedar atau tidak,fikiran dan hati aqu sering membantah kepincangan dunia,kerosakan,nikmat,malah kepincangan diri aqu sendiri.Aqu menilai untuk memperbaiki.Sedangkan dalam diri aqu penuh dengan persoalan..berjuta-juta persoalan..
Persoalan-persoalan yang jawapannya aqu tidak mampu untuk menjawabnya.Persoalan yang susah untuk dirasai dengan PANCAINDERA.kerana pancaindera itu tidak lebih bersifat fizikal dan material.dan sama sekali tidak mampu memahami bahasa HATI .
PERSOALAN yang tidak mampu difahami oleh mereka..
HATI mereka buta..
untuk merasai,
untuk memahami,inikan lagi untuk mempersoalkan..
Manusia?
Manusiakah aqu?
ruangan ini aqu untuk menyingkap keburukan fikiran manusia tipikal sedang dalam sedar aqu juga sedang melangkah ke arah itu..Sedang aqu berusaha melawannya,semakin aqu tewas.
apakah makna manusia?apakah itu manusia?siapakah itu manusia? ...
sekecil-kecil persoalan yang dilepas pandang oleh mereka.sedangkan persoalan asas ini lah yang menentukan perjalanan dan kehidupan seorang mukmin,sebelum mampu bergelar seorang hamba ALLAH .Bagaimanakah aqu mampu menjadi sebenar MANUSIA?
apa jawapan untuk persoalan ini.? bergantung,.

Kejahilan itu mampu diubah.

Aqu menjumpai 1 jalan yang sukar.Jalan yang penuh cabaran.Kadang2 aqu tertewas,rebah dan sukar untuk bangkit.Namun pemikiran aku tidak pernah takut untuk bangun dan mencabar dunia.Mungkin jasad aku xmampu menampung rohani & semangat aqu,Namun kesedaran dan keyakinan aqu tentang KEESAAN ALLAH tidak akan pernah padam.Bagaimanakah aqu mampu mencapai jalan yang lurus,dan seterusnya kekal di atasnya?.
perjalanan hidup dan AL-QURAN mempunyai pelbagai jawapan..

Bukakan MATA HATI.

Perbicaraan HATI tidak mampu difahami akal yang singkat.Semoga pengisianku mampu mengubah dan merubah,lebih-lebih lagi diri aku sendiri,kerana perubahan itu memerlukan PENGORBANAN & USAHA..sedangkan MASA bukan lagi milik AKU..

HARI-HARI itu sudah pun hampir HABIS . .
KIAMAT itu sedang menyusul tiba . . aqu sendiri tidak tahu,samada KIAMAT dulu ataupun AJAL MAUT itu yang akan menjemput aqu..

sedangkan aqu masih lagi sedang leka dengan permainan dunia..
susah sekali,sedangkan aqu keliru..

perbuatan dan pemikiran ku bertentangan..

dan aqu masih lagi mencari cara untuk menyatukan pemikiran & amalan . .menyatukan kembali roh & jasad ku . .

adakah ada cara untuk menjadi macam tu..menjadi insan yang menuju kearah kesempurnaan..

sempurna itu tak akan dicapai,bagi aqu,sempurna itu adalah 1 destinasi & matlamat.Tiada manusia yang sempurna.perjalanan ke arah kesempurnaan itu bermakna,perjalanan kearah TUHAN YANG ESA,kerana bukankah yang SEMPURNA itu adalah hanya ALLAH S.W.T.

Perjalanan ke arah ALLAH yang memiliki jasad dan roh aqu.Jalan lurus yang aqu cari,bukannya jalan yang dilalui oleh ramai orang..bukan jalan yang difahami orang..

Bukannya jalan yang digemari ramai orang.

tapi aqu ada jawapan-NYa. .




tertulis.

0 comments  



Terdetik d hati aqu kali ini untuk mengkaji tentang kemunculan imam mahdi . .
telah pelbagai buku yang aq baca meletakkan kemunculannya pada masa yang singkat ini..bukan 100 tahun akan datang..bukan 50 tahun akan datang..yang pastinya . .

TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL-MAHDI

SEMUA TANDA-TANDA INI TELAH PUN MUNCUL . . .

Menjelang Hari Akhir Zaman, ketika mana kemungkaran dan kejahatan begitu berleluasa, Allah akan memerintahkan seorang hambaNYA yang mempunyai akhlak mulia untuk mengajak umat manusia supaya kembali ke jalan yang benar. Hamba Allah yang dimaksudkan itu adalah Al-Mahdi.Mempunyai darah dari keturunan Muhammad S.A.W dan juga Isa A.S. ~

Sejak kecil lagi aqu dihidangkan dengan fantasi Akhir zaman,
dajal,Isa A.s dan juga Muhammad Al-Mahdi,
Permainan kisah dan debaran,yang dulu dirasakan masih jauh
tiba-tiba sekarang berubah.Pelbagai buku pernah aq baca
menafsirkan tentang kemusnahan yang dibawakan Dajal dan juga Harapan yang dibawakan oleh Imam Mahdi,tentang hari yang WAJIB MUNCUL,tidak terlepas,
di dalam Al-Quran yang pernuh kemuliaan.

Segala ilmu yang diperoleh seperti makin jelas dan saling melengkapi walaupun terdapat sedikit percanggahan.Umpama puzzle yang hampir sempurna.

Sekarang ia terasa sangat jelas dan HAMPIR.

buat aq sangat berdebar..


*nama dajal tidak pernah disebut d dalam Al-Quran,wallahualam diungkapkan dengan nama-nama lain.cnthny:dalam kisah kaum Nabi Musa yg disesatkan oleh Samiri.menurut Muhammad Isa Dawud dalam buku-bukunya,Samiri ini adalah dajal dan kebanyakan dari kemunculannya,ia tidak menggunakan nama Dajal;wallahualam.


jika tanda-tanda ini benar-benar berlaku ..

apa yang mampu aqu buat?
apa yang boleh aqu buat?


mengungkap kata2 Noreaaga dalam The Arrivals,


CAN YOU HANDLE THE TRUTH?

hanya mampu menunggu percaturan seterusnya,yang telah pun diungkapkan oleh Al-Quran dan Hadis..


Kiamat,Hari Pembalasan,Doomsday,Judgement Day
walau apapun ia dipanggil..ia wajib akan datang..

Ya ALLAH engkaulah PEMILIK HARI PEMBALASAN..
Semoga aqu dan agamaku,akan berada di bawah naungan-MU,
sepertimana Ayat yang ENGKAU ajarkan ..
Maliki Yaumiddin..Maliki yaumiddin..
kami bacakan dalam setiap solat fardhu dan sunat kami,

ENGKAULAH PEMILIK HARI PEMBALASAN.
Semoga aqu dan agamaku,
tidak akan gentar menghadapi hari yang telah dijanjikan..


. . . seseungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat menolaknya . . .

surah Al-An'am 134


Ya ALLAH..