Pendirian.

Sunday, 28 October 2012

0 comments  

Aku tidak menyimpan perasaan dunia di dalam Hati aku,
sesetengah mungkin penting tetapi tidak bermakna.
Tidak kekal dan yang terserlah hanyalah
kebodohan yang berulang-ulang.

Tidak akan pernah berubah.

Ini adalah ujian bersama kehidupan yang Allah sertakan.

Aku tidak akan membawa ia
bersama aku
 ke-Sana.

Seketika

0 comments  

Buat pertama kali aku rasa Hidup kembali dari Kematian yang Panjang..

Walaupun cuma Seketika..

Pengasingan Diri

Saturday, 27 October 2012

0 comments  



     Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini. Dia juga berharap agar dengan berbuat demikian sumber kepada kewujudan yang tidak diingini, egonya dan hawa nafsu badannya akan terpisah daripada bekalan hariannya dan terhenti juga segala yang memuaskan dan mengenyangkannya. Seterusnya dia berharap pengasingan itu akan mendidik egonya dan seleranya, memberi peluang kepada perkembangan diri rohaninya.

Bila seseorang memutuskan demikian niatnya mestilah ikhlas. Dalam satu segi dia seumpama meletakkan dirinya di dalam kubur, dalam keadaan mati, mengharapkan semata-mata keredaan Allah, berhasrat dalam hatinya melahirkan yang asli dan beriman, yang boleh lahir daripada kewujudannya yang hina ini. Nabi s.a.w bersabda,"Yang beriman adalah yang orang lain selamat daripada tangan dan lidahnya".

Dia mengikat lidahnya dari berkata yang sia-sia kerana Nabi s.a.w bersabda, "Keselamatan manusia datang dari lidah dan kebinasaannya juga dari lidah". Dia menutupkan matanya daripada yang diharamkan agar pandangannya yang khianat dan menipu daya tidak jatuh ke atas apa yang dimiliki oleh orang lain. Dia menutup telinganya dari mendengar pembohongan dan kejahatan, dan mengikat kakinya, membelenggunya dari pergi kepada dosa.

Nabi s.a.w bersabda menceritakan setiap anggota badan boleh melakukan dosa sendirian, "Mata boleh berzina". Bila salah satu daripada pancaindera berdosa satu makhluk hitam yang hodoh diciptakan daripadanya dan pada hari pembalasan ia menjadi saksi terhadap dosa yang kamu lakukan. Kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.

Tuhan memuji orang yang menghindarkan dirinya daripada kesalahan kerana yang demikian merupakan penyesalan yang sebenar, taubat yang kuat.
"Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan menegah diri daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itu tempat kembalinya". (Surah an-Naazi'aat, ayat 40 & 41).

Orang yang takutkan Tuhannya dan bertaubat, mengeluarkan kewujudannya yang hina daripada yang beriman dan mengeluarkan keburukannya daripada imannya, ditukarkan di dalam khalwatnya, sehingga jadilah ia jejaka tampan. Kewujudan yang elok ini menjadi khadam kepada penghuni syurga.

Mengasingkan diri adalah benteng menghalang musuh bagi dosa diri sendiri dan kesalahan. Di dalamnya, sendirian, seseorang terpelihara di dalam kesucian. Firman Allah:
"Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah ia kerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan seseorang jua dalam ibadat kepada Tuhannya". (Surah al-Kahfi, ayat 110).

Semua yang diceritakan hingga kini adalah maksud bagi suasana khalwat zahir. Maksud khalwat batin pula ialah mengeluarkan dari hati walaupun hanya memikirkan hal keduniaan, kejahatan dan ego, meninggalkan makan, minum. Harta, keluarga, isteri, anak-anak dan perhatian serta kasih sayang semuanya.

Anggapan orang lain melihat atau mendengar tentangnya jangan masuk kepada khalwat ini. Nabi s.a.w bersabda,"Kebesaran dan apa yang diburunya adalah bala, dan melarikan diri daripada kebesaran dan mengharapkan pujian orang dan apa yang dibawanya adalah keselamatan.". Orang yang bercadang memasuki khalwat batin mestilah menutupi hatinya daripada kemegahan, sombong, takabur, marah, dengki, khianat dan yang seumpamanya. Jika sebarang perasaan yang demikian masuk kepadanya di dalam khalwatnya hatinya menjadi terikat. Ia tidak lagi terlepas daripada dunia dan khalwat demikian tidak berguna. Sekali kekotoran memasuki hati ia kehilangan kesuciannya dan semua kebaikan terbatal.
"Apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya (kerana) Allah itu tidak membaguskan amal orang-orang yang berbuat bencana". (Surah Yunus, ayat 81).

Walaupun perbuatan seseorang itu kelihatan bagus pada pandangan orang lain, bila sifat-sifat buruk memasukinya, orang itu dianggap berlaku khianat dan menipu dirinya sendiri dan juga orang lain. Nabi s.a.w bersabda, "Sombong dan takabur mencemarkan iman. Fitnah dan umpatan lebih buruk dari dosa zina". Juga,"Sebagaimana api membakar kayu dendam membakar dan menghapuskan perbuatan baik seseorang". Juga,"Fitnah itu tidur, laknati ke atas siapa yang mengejutkannya". Juga, "Orang yang bakhil tidak masuk syurga walaupun dia habiskan umurnya dengan ibadat". Juga, "Kepura-puraan adalah bentuk sembunyi mengadakan sekutu bagi Tuhan". Juga, "Syurga menolak orang yang menolak orang lain".

Banyak lagi tanda-tanda sifat buruk yang dikutuk oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang dinyatakan sudah memadai untuk menunjukkan kepada kita bahawa dunia ini adalah tempat yang memerlukan berterusan di dalam berhati-hati dan berwaspada, perlu berjalan melaluinya dengan penuh cermat dan perhatian. Matlamat pertama jalan kerohanian ialah menyucikan hati dan langkah untuk memperolehinya ialah membenteras keegoan dan keinginan hawa nafsu. Di dalam khalwat, dengan berdiam diri, bertafakur dan berzikir terus menerus, ego seseorang diperbaiki. Kemudian Allah Yang Maha Tinggi menjadikan hati seseorang itu bercahaya.

Tiada yang dilakukan di dalam khalwat secara perbuatan sendiri. Apa yang perlu ialah cinta, ikhlas dan keyakinan yang sebenar. Cara ini bukan cara orang tersebut sendiri. Dia menuruti cara para sahabat Rasulullah s.a.w, cara orang-orang yang mengikuti mereka dan cara orang yang mengetahui cara mereka dan mengikutinya.

Bila orang yang yakin berada pada jalan ini menurut jalan taubat, ilham dan menyucikan hatinya, Allah mencabut dari hatinya dan dirinya segala yang merosakkan dan yang keji dan melindunginya agar dia tidak kembali kepadanya. Wajahnya akan menjadi cantik; perasaannya, samada dipendamkan atau dizahirkan, menjadi tulen. Apa sahaja yang dia lakukan dilakukannya dengan cara yang terpuji kerana dia berada di dalam kehadiran Ilahi."Allah mendengar orang yang memuji-Nya". Jadi, Allah menjaganya. Allah menerima doanya, kerinduannya dan puji-pujiannya dan mengabulkan segala keinginannya.
"Barangsiapa mahukan kemuliaan maka bagi Allah jualah semua kemuliaan. Kepada-Nya naik perkataan yang baik, amal yang salih itu Dia angkat". (Surah Fatir, ayat 10).

Perkataan yang baik menyelamatkan lidah daripada perkataan yang sia-sia. Lidah adalah alat yang baik untuk memuji Tuhan, mengulangi nama-nama-Nya yang indah, memperakui keesaan-Nya. Allah memberi amaran terhadap perkataan yang sia-sia:
"Tidak sekali-kali! Sesungguhnya yang demikian perkataan yang ia ucapkan padahal di belakang mereka satu dinding hingga hari mereka dibangkitkan (mereka tidak benar dalam perkataan mereka)". (Surah Mukminuun, ayat 100).

Allah mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan kesalahannya.

Bila seseorang telah dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi seperti laut. Bentuk dan warna laut itu tidak berubah kerana sedikit Kekejaman dan penganiayaan yang orang ramai Buangkan kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, "Jadilah seperti laut yang tidak berubah, tetapi di dalamnya tentera gelap (ego) kamu akan lemas", seperti Firaun lemas di dalam Laut Merah. Dalam lautan itu kapal agama timbul dengan selamat dan sejahtera, ia berlayar di dalam lautan yang luas itu. Roh orang yang di dalam khalwat terjun ke dasarnya untuk mendapatkan mutiara kebenaran, membawa ke permukaan mutiara kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan menyebarkannya ke tempat yang jauh. Firman Allah:
"Keluar daripadanya mutiara dan marjan (batu karang)". (Surah ar-Rahmaan, ayat 22).

Untuk memelihara lautan tersebut zahir kamu mestilah sama dengan batin kamu, diri kamu mestilah sama dengan apa yang kelihatan pada diri kamu. Suasana zahir dan suasana batin kamu mestilah satu. Bila ini terjadi, tiada lagi penipuan, hasutan atau kekacauan di dalam laut hati kamu. Tiada ribut nakal yang boleh memabukkan di dalam lautan yang tenang itu. Orang yang memperolehi suasana tersebut berada di dalam keadaan taubat sepenuhnya; ilmunya luas dan bermanfaat, perbuatannya semuanya adalah khidmat untuk orang lain, hatinya tidak mengalir kepada kejahatan. Jika dia tersilap atau lupa dia dimaafkan kerana dia ingat bila dia lupa dan bertaubat bila dia bersalah. Dia berada dalam kehampiran dengan Allah dan dirinya sendiri.






-Taman Sufi.

Laut aku - sentiasa bergelora..
semenjak lama dulu..
dan sebab kenapa
aku mula menulis di sini..

berat.

0 comments  

Mata yang tertutup sudah diam berbicara.

Konspirasi Dunia I

Wednesday, 17 October 2012

0 comments  


UFO ataupon Un-identifying Flying Object mungkin hnyalah satu cerita dongeng bagi sesetengah orang,dan bagi sesetengah orang yg berpegang dengan itu maka dye adalah catur dari permainan dajjal.Banyak bukti yang tidak dpt disangkal,bnyak tragedi telah berlaku,kehilangan dan sebagainya.sngt bnyk unutk dicatatkan -Sedangkan ia hnyalah salah satu dari knderaan ciptaan persenjataan akhir zaman.

UFO ini adalah satu persenjataan yang dimulakan semenjak Perang Dunia oleh Tentera Nazi German.Projek rahsia persenjataan bawah tanah iaitu - code : The Bell/Die GLocke.Ia bermula  selepas perang Dunia Pertama.Pada ketika itu,ketenteraan Nazi German telah terbantut akibat tekanan dari Puak Perikatan. Lapangan-lapangan terbang juga telah hancur dan menyukarkan pesawat-pesawat ketenteraan German untuk melakukan pelepasan.


MANUSIA DISEBALIK TEKNOLOGI

Ia sebenarnya adalah Hasil dari Penyelidikan Teoknologi dari seorang Manusia bernama Viktor Schauberger.


Viktor Schauberger


Viktor Schauberger adalah seorang Ahli Sains berbangsa Austria yang aktif pada separuh pertama Abad ke 19.Serba sedikit tentang beliau,beliau adalah seorang yang berjanggut tebal dan perwatakan mesra, tetapi mempunyai sifat Keyakinan yang tinggi terhadap Ideanya dan juga kebolehan dirinya sendiri.


KAJIAN SCHAUBERGER

Viktor Shcauberger dalam tesisnya, ‘Das Geheimnis der Eiform’ (The Secret of the Eggform / Rahasia bentuk telur) yang ditulis pada tahun 1944, mengisahkan tentang teknologi REPULSINE.



Model Repulsine


Schauberger menerangkan bahwa ia telah menemukan mekanisme gerak yang masih asing dalam dunia fizik dengan memanipulasi H2O (air) dalam suatu wadah berbentuk telur (eggform). Dengan gerakan sentrifugal H2O akan membentuk H3O+ (hydronium ion positif) -yang Schauberger sebut dengan istilah Sauerstoff/Oxygenes- dan OH- (hydroxyl ion negatif). Seiring bertambahnya jumlah revolusi(putaran), atom-atom mulai terpecah, ia mulai memancarkan panas (radiate), ketika revolusi pada bagian terluar eggform itu mencapai jumlah maksimum (critical) ion-ion itu segera meleset keatas langit dengan kecepatan luar biasa. Mekanisme itu menghasilkan Tenaga Kinetik (seorang Ahli Fizik moden bernama Harold Aspden telah melakukan percubaan ini dan ia telah berhasil, boleh lihat disini - www.energyscience.co.uk/essays/ese01a.htm)

Untuk lebih jelasnya: Schauberger mencipta diferensial tekanan aerodinamiK antara permukaan luar dan dalam casing sehingga terciptalah apa yang disebut sebagai Coanda Effect. Pada kecepatan yang lebih tinggi  ia menjadi seperti generator elektrostatiK (tegangan tinggi) karena adanya partikel-partikel di udara dan dengan semakin cepatnya revolusi ia akan berpendar karena efek ionisasi.

Ia pernah dijemput oleh Adolf Hitler pada bulan Jun 1934 untuk membincangkan tentang Kehutanan, Agrikultur, dan Teknik Pengairan (water engineering). Hitler mengagumi cara-cara radikal Schauberger dalam memanfaatkan Tenaga Air. Ia telah ditawarkan untuk bekerja bersama Nazi German namun ia menolaknya pada ketika itu. Pada tahun 1941 ia bergabung dalam kumpulan Pereka Messerschmidt dan Heinkel untuk memperbaharui sistem Pendingin Mesin Pesawat mereka.

FAKTA : Messerschmidt dan Heinkel adalah pereka pesawat terbang Supersonik Pertama di Dunia yang melepasi Batasan Kelajuan Bunyi iaitu pada 9 April 1945 menggunakan Pesawat Messerschmitt Me 262.


APLIKASI TEKNOLOGI

Pada tahun berikutnya, sistem Propulsi Repulsine dibuat, tujuan awalnya adalah sebagai mesin kapal Selam / U-Boot (Type IX dapat meluncur 17 knot dalam air). Sistem Propulsi itu melebihi apa yang diharapkan, teknologi Repulsine itu juga telah diadaptasi pada teknologi pesawat terbang iaitu mesin yang dinamakan sebagai - Flugkreisel.



Flugkreisel


Teknologi ini kemudian diadaptasi oleh mesin Flugkreisel dan kemudiannya digunakan oleh Luftwaffe (angkatan udara) Nazi German.

Dr. W. O. Schumann, rakan Schauberger dari Thule Gesellschaft, telah menyempurnakan Repulsine dan digunakan dalam berbagai Rekaan mesin terbang seperti Vril-1, RFZ 6 (Haunebu 1), Haunebu 2, dan Haunebu 3.



Haunebu



Jenis-jenis Haunebu


Haunebu merupakan pesawat Terbang berbentuk bulat yang menggunakan teknologi pesawat rejangan Repulsine dan mampu 'Take Off" (berlepas) dalam keadaan menegak (perpendicular to earth surface) .

Projek ini juga kemudiannya dimajukan oleh Tentera Nazi German di bawah Project Die Glocke/The Bell iaitu rekaan Senjata berbentuk seperti Loceng - disebabkan itulah ia dinamakan Die Glocke (bermaksud loceng).

Ini kerana semasa Era Perang Dunia ,German telah menghadapi kesukaran dalam persenjataan Udara disebabkan oleh serangan Tentera Bersekutu terhadap Lapangan2 Terbang German.


Berikutan itu,persenjataan yang baru dicipta ini telah dibina bagi mengatasi kelemahan pesawat terbang konvensional iaitu - 90 degree take off. Mereka telah meneroka mekanikal anti graviti - pesawat rejangan yang mampu berlepas dengan cara yang pelik tetapi efektif,tambahan lagi makmal-makmal rahsia Nazi adalah berada di bawah tanah. Ia digelar The Bell/Die Glocke kerana rupanya yang seakan-akan loceng.



The Bell/Die Glocke


Bersambung..


Author : Rixal Mounfields, 09 February 2011
(arkib note)

Konspirasi Dunia II

0 comments  


bersambung dari bahagian I.


Selain dari Project UFO,masih ada bnyak lagi project persenjataan German yang dibina semasa ini.
Project UFO Nazi ini juga dibina di luar German iaitu disebuah Kawasan di Antartika yang dipanggil sebagai Secret Base 211, Base rahsia yang menjadi Kilang pembuatan model Pesawat terbang UFO secara besar-besaran.


Lokasi di mana dikatakan letaknya Base 211 di Antartika

Tahukah dari mana datangnya asal idea Penciptaan persenjataan UFO ini ?Ia adalah satu rahsia dengan sejarah yang sangat Panjang - jika dihuaraikan - ramai dari golongan awam yang sudah terbiasa dengan informasi yang disuap pasti tidak akan mampu menerimanya.

Selepas perang dunia ke 2 ,US telah pon mengestradisi semua saintis-saintis dari German melalui code : Operation PaperClips.Kesemua Saintis-saintis Nazi German telah pun diangkut oleh pihak US. Mereka juga telah meneruskan project-project persenjataan German di bawah code : The Blue Book.Mereka berslindung di sebalik kisah-kisah dongeng kemunculan mahluk Asing - code:Alien Invasion ,mereka masih meneruskan teknologi ini di sebuah tempat yang paling rahsia di atas bumi, Area 51.


Bob Lazar


Siapakah Bob Lazar ?

Beliau adalah antara kakitangan  yang pernah melihat sendiri teknologi dan pesawat-pesawat asing yang berada di dalam gudang tersorok di Area 51,Nevada.Beliau merupakan seorang kakitangan yang bekerja di Sector 4, Area 51 selama berberapa tahun sehingga lah pada satu hari beliau telah masuk ke dalam salah satu gudang rahsia dan melihat berberapa jenis pesawat terbang yang pelik.Tidak berapa lama kemudian - pada pertengahan 1980an nama beliau mula naik dan menjadi fokus khalayak yang ingin mencungkil rahsia di Area 51.


Pandangan atas Area 51


Papan Tanda di Area 51

Sejurus selepas peristiwa itu, Sijil kelulusan di mana beliau pernah belajar dan juga universiti telah mula menghapuskan kesan dan jejak sejarah Bob Lazar.Bob Lazar dikatakn mereka cerita - dan dngn mnghapuskan sjarah dan kelayakan sijil Bob Lazar,kredbiliti kata-katanya dipersoalkan.Beliau menjadi ancaman pelbagai pihak terutamnya CIA dan beliau terpaksa berpindah.Walaupun kelayakannya telah dihapuskan - tetapi tidak ilmunya.Beliau telah membina pelbagai machine dan jentera yang pelik2 di rumah baru nya yang terpencil - membuktikan lagi yg beliau sememangnya pernah bekerja di Area 51 dan berkemahiran.

Tidak berapa lama selepas berlakunya Operation Paperclips, U.F.O pertama kali dikhabarkan berita terhempas di Rosswell,US.


Keratan Akhbar Rosswell bertarikh 8th July 1947

Antara project yang telah pon dimajukan oleh US di Area 51 adalah - the flying wings.


B-2 Stealth - Teknologi yang dimajukan dari German H VXIII Flying Wings


Kemanakah kah hilangnya Hans Kimmler dan benarkah kematian Adolph Hitler seperti yang tetulis di dalam sejarah ?

Mereka sebenarnya telah pun mendapatkan perlindungan dari sebuah Negara di Amerika Selatan yang juga merupakan sebuah Negara yang tiba-tiba telah menceburkan diri di dalam Pembinaan UFO selepas berlakunya Tragedi Rosswell.
Perlindungan yang diberikan kepada Pemimpin tertinggi Nazi dan juga Ketua Project Rahsia Nazi (Hanss Kimlerr) memerlukan asimilasi teknologi rahsia ini sebagai Balasan.Ini adalah sebabnya - Hans Kimlerr hilang di dalam sejarah bersama - semua Plan-plan Prototype Project2 Rahsia Nazi German.

Di manakah Negara itu ? Saya bukakan untuk difikirkan berdasarkan jejak-jejak dari berita semasa.


Dimanakah titik berkampungnya dajjal ini?


Bnyak pendapat mngaitkan dengan segi tiga bermuda. Umum mengetahui bahawa Segi Tiga Bermuda juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan,telah menelan beribu2 nyawa,kapal terbang,kapal tanpa sebarang petanda & klu.


Segi Tiga Bermuda

Tempat yang dikatakan banyak melihat UFO tenggelam ke dalam laut mahupun muncul dari permukaan laut - Sumber dari tulisan Muhammad Isa Dawud,Dajjal akan muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga bermuda.

Penduduk sekitar ada yang mengaetkan tragedi kehilangan kapal ,pesawat yg segitiga bermuda berkaitan degn roh2 jahat.Kerana pada pertngahan/awal 1900an berjuta-juta orang negro yg telah dibuang hidup2 ke dalam laut oleh tentera Amerika(diskriminasi perkauman) tp yg lebih mngjutkan, ade kajian yg telah dilakukan dan jaga exposi gambar yg di sembunyikan dari Nasa,seperti terdapat satu PERTEMPATAN DI DALAM LAUT.
hingga sekarang kapal-kapal terbang & kapal laut yg melalui kawasan segi tiga bermuda akan hilang tanpa khabar berita, tanpa tanda amaran S.O.S dsb.Malahan sekarang dikhabarkan(kononnya) Satelit juga tidak mampu untuk mndaptkan gmbaran pada kawasan ini. Dikatakan juga kadar perubhan medan magnet yg pelik berlaku disitu yang menganggu siaran satelit.

Apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh dajjal dengan teknologinya yg maju itu?

Dajjal mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh Nabi Sulaiman dan mempersediakan dunia ke arah akhir zaman.

Nabi sulaiman adalah satu-satunya Nabi yang mmpunyai kerajaan yg pling besar & gilang gemilang dlm sjarah, tidak akan ada lagi selepasnya seperti Doa Nabi Sulaiman yang telah diperkenankan oelh Allah S.W.T.

Membina haikal Sulaiman,mendapatkan cincin Sulaiman,tongkat Musa semuanya kerana karomah dan mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh Sulaiman A.S..Dajjal ingin mmbina Haikal sulaiman di baitul Maqdis.Kenapakah bermula di Baitul Maqdis (Jerusalem )?

Sejarah telah membuktikan, Zulqarnaen, Daud A.S, Sulaiman A.S memerintah dunia dan siapa yang ingin merajai dunia,haruslah menguasai Baitul Maqdis. Cuba lihat dimanakah israk mikraj Nabi Muhammad S.A.W berlaku,perjalanan suci Rasul ke Sidratul Muntaha di Langit ke 7. Bukankah ia adalah di Baitul Maqdis,Masjid Suci Al-Aqsa.Tidak syak lagi layaklah ia sebagai Kiblat Pertama umat Islam dan tempat suci 3 agama - Yahudi,Nasrani dan Islam,juga sebagai Ibu Negara Dunia.

Dan ia bakal menjadi Ibu Negara bagi Negara Haram Israel Raya merangkumi Sebahagian Arab Saudi (madinah ) ,Iraq,Syria,Jordan dan negara-negara Arab.

Sampai tiba masanya,Peti Tabut yang baru dijumpai - 07 Disember 2011,akan kembali diletakkan ke tempat asalanya iaitu Haikal Sulaiman.Di manakah tapak Haikal Sulaiman yang asal dan dimanakah ia bakal dibina ?
ia adalah di tapak dimana Al-Aqsa.Diantara tapak yang mempunyai tenaga Positif yang tinggi di atas muka Bumi selain di titik Pusat Dunia yang sebenar iaitu Kaabah yang bertentangan dengan Baitul Makmur di alam Malakut.


The 1 eye

Illuminati dan sayap mereka - Freemasonry telah mencapai dan berjaya melakukan apa yang telah dirancang untuk mereka.Malaysia sendiri sudah dijajah merka tanpa sedar.sangt bnyk kesan tentang percaturan Samiri terhadap kehidupan dunia sekarang.Dan semua yang berlaku itu adalah di bawah tahluk dan izin kuasa Allah S.W.T.

TAPI.Allah meletakkan kemenangan terhadap hamba yang memegang Panji Kebesarannya.
walau segenius mane pon samiri tapi terdapat keterbatasan terhadap ilmu yg xsebanding setitik dengan selautan ilmu Rasul. penciptaan pesawat terbang yg mnjdi fitnah besar dunia(ufo dikatakan berasal dari planet asing) mnepati sabda dari hadis2 Nabi,Dan ia bakal menjadi Fenomena tidak lama lagi.- Tanya diri anda benarkah Mesin Big Bang yg melibatkan berjuta dollar itu untuk mencipta keajaiban dalam sains?
Namun Samiri Al Maseh Palsu sedar bhawa ilmunya xakan setanding dgn ilmu yg diredhai Allah,shebat mana pon teknologinya xakan mmpu mnandigi tntera Mahdi,kenapa?


Sebenarnya,ada diceritakan di dalam Al Quran Surah An Naml 38-40


Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".


Karomah ini lah yang sedang cuba dicapai oleh dajjal.
Melepasai dinding ruang waktu masa.Pernahkah anda dengar TELEPORTASI?



Time Travel dan manipulasi ruang masa adalah realiti dan sebenarnya adalah praktikal,menerusi teori Einstein’s General Relativity dan di aplikasikan di bawah code: Top Secret United States Government,dirahsiakan dari dunia.Ia jga dikenali dgn code:Project Rainbow(Philadephia Experiment) - experiment membabitkan sebuah sistem yg mampu mencipta satu "worm-hole" di ruang-masa dgn memanipulasikan “Space-Time Compression”. Pada October 28, 1943 mereka telah telah berjaya men-teleportasikan sebuah kapal Navy USS Eldridge dari Philadpehia,US ke Norfolk,Virginia,sejauh 200 batu.


Kapal Uss Eldridge


Tetapi ada kecacatan pada objek semasa ia mula-mula dieksperimentasi .Teleportasi melibatkan penghancuran struktur molekul ke tahap terkecil dan mnghantarnya ke destinasi dan MENSTRUKTURKANYA KEMBALI.Namun beberapa kajian yg dijalan kan masih tidak sempurna. Masalah yang timbul adalah untuk mngstrukturkan kembali molekul2 terkecil itu untuk menjadi objek yang asal.Pelabagai lagi rancangan yang diwartakan bersama oleh mereka di bawah code : Project Phoenix,antaranya adalah - Rentas Ruang Masa (time travel) , Mind Control,Project Blue Beam dan pelbagai lagi.(kemungkinan diterangkan di dalam - di bahagian 3)

Jadi atas alasan apakah mereka ingin meneroka teknologi ini ?
Ia saling berkaitan dengan code : Montauk Project.

Ia adalah satu lagi "Rahsia di dalam Rahsia".

Dan dari manakah idea itu datang ?sudah pasti AL- Quran.sepertimana seorang yg diberi ilmu dari Kitab Allah mampu mmindahkan Singgahsana Ratu Balqis dengan seklip mata.

Yg smstinya Allah akan mngurniakan karomah yg pernah dikurniakan kepada seseorang yg memiliki ilmu dari Kitab yg mnjadi pesuruh Sulaiman A.S, itu kepada hamba yang dikehendakinya.Karomah dari seorang yg memiliki ilmu dari kitab,yang beriman dengan kitab Allah,dan mentaati Nabi, yg ilmunya xmampu ditandingi oleh ifrit mahupon dajjal sendiri.Seorang yang berilmu disisi allah mampu melakukan sesuatu yang mustahil dengan mudah.Kemenangan tentera Khalifah Mahdi itu adalah diyakini walaupon dihadapi dengan perancangan rapi dajjal selama beratus2 tahun untuk menguasai dunia merangkumi setiap sudut sosial, politik, media, ketenteraan, teknologi, agama, ideologi dan juga SEJARAH.



Dengan Kebenaran Al Quran yang xpernah silap walau 1 perkataan dan janji Allah,tentera Mahdi iatu akan datang memerangi Dajjal,dan masanya tidak lah jauh dari kita.Kemuncak perancangan nya akan tiba..Semoga Allah melindungi kita dari fitnah-fitnahnya dan bala bencana. Amin.

*Ada berberapa informasi yang di selangkan untuk mengelakkan notes dari menjadi lebih panjang dan rumit untuk difahami.
*untuk memahami lebih detail berkenaan fakta,boleh rujuk code.

InsyaAllah bersambung -

Konspirasi Dunia III



Author : Rixal Mounfields, 09 February 2011
(arkib note)

Tidak terhingga

Sunday, 7 October 2012

0 comments  



Dakwah dan Jihad adalah Kehidupan.
Dan Kehidupan tidak mempunyai penghujung.
yang membezakan cumalah Alam dan cara,
sedangkan pengakhiran adalah ketidak terhinggaan,
Lihatlah dunia dari sempadan Diri,
Ada seribu dugaan dan keinginan,
bukan dari diri tetapi dari jasad dan pelengkapnya,


Kelak Jasad akan hancur tertanam,
tetapi Ruh tetap berjalan.
menuju Takdir dan Janji Allah S.W.T ,
menjawab jawapan kepada persoalan,
yg satu ketika pernah kita dihidupkan kedunia,
Sebenarnya adalah untuk Apa ?
Memenuhi makanan dan keinginan jasad dalam seluruh Saat ?










tergamam..
Saat aku sedar.yang menjadi Penasihat terbaik .
Adalah Silam.yang lebih memahami apa aku ini..
dan transisi raksasa apa yang akan aku menjadi..

masa..

senipis helaian kertas..
apa yg akan berlaku,
andai ia terkoyak ?



- End Less (Tiada pengakhiran)

aka Rixal Mounfields


Gelap.

0 comments  

the Dark Side of me.

is Here.

Kelemasan.

0 comments  

Mengapa.
Ada.
mereka-mereka berjalan patuh setiap hari,
mereka-mereka mudah berpakaian, berkenderaan
bersih dan tenang.
senang menghadap Tuhan yang Esa.
menghadap di Rumah-Nya.

Mengapa.
Sering mereka-mereka melihat sosok yang bergerak di jalanan.
pandangan mereka tidak bersih.
walau pakaian mereka bersih.

Mengapa.
mereka-mereka melihat sosok ini jelik.
kerana tidak tiba menghadir diri seperti mereka.
tidak menghadap Tuhan yang Esa seperti mereka.
tidak bersih kemas seperti mereka.
di Rumah-Nya setiap waktu seperti mereka.

Mengapa.
Sosok-sosok ini bekerja di dalam debu dunia.
menggilap debu-debu dunia.
cuba mengikhlaskan semua kerja
yang diberi kesempatan dalam setiap lintasan masa.

Mengapa.
Mereka-mereka lupa.
Nikmat semuanya adalah dari Nya.
Mereka-mereka bersih adalah kerana Nya.
Mereka-mereka tiba adalah kerana Nya.
Mereka-mereka mampu adalah kerana Nya.

Dan sosok ini meredah masa
adalah kerana Nya
sosok ini tidak mampu adalah aturan Nya
sosok ini berdebu adalah atas mampu Nya.


susahnya untuk percaya dan menerima/

Sosok ini begini adalah Ujian Nya.
dan Kesenangan mereka-mereka adalah Nikmat Nya.
Beribadat di Rumah Allah.

Dan akhirnya sampai satu saat.
sosok ini mendapati satu penghayatan dan kepuasan.
di dalam rengkuhan ujian.
walau dalam kekotoran dunia.
kesempitan ruang dan masa.
berseorang dan fakir.

Ibadat dirasakan lebih puas
dari semasa dalam kelapangan,
kebersihan dan ketenangan seharian.
dan tidak ia sebanding
walau keseluruhan harta di atas dunia,
Kerana sosok ini berusaha dan kenal.
Semuanya adalah Kerana Allah S.W.T.
dan akan cuba ia sekuatnya mematuhi
walau dalam rengkuhan kepayahan dan kesusahan.

Ya Allah.
Tidak mudah meniti di atas Jalan ini.
Tetapi.
Aku percaya mudah itu akan tiba
saat aku berjaya melepasinya.

Allah ..