Kehidupan aku satu kesalahan,
kelak apa jawapku di hadapan Nya,
bukan aku hidup untuk gembira dan gelak ketawa begini
bukan hidup aku menanggung masa dengan kehendak dunia semata
ibadah lahir kerana Nya
apa ukuran nilai jiwa aku dalam jutaan saat Umur aku dalam Kurniaan Nya
tiada yg layak dipinta~
sehingga telah sampai waktu
cuma 1 yg ada semoga Hilangnya aku dari Dunia
tiada berbekalkan emosi dan rasa
kerana perjalanan ini menuju Nya
dan aku terhutang segala-gala kepada Nya
Rasa bersalah aku dalam setiap saat
tidak dapat tergambar dalam setiap kurniaan
yg aku terima
:(
Wednesday, 14 March 2012
Saturday, 10 March 2012
Diri ini bersendiri,terhilang
berpegang pada kekosongan jisim
terbit berpaut pada sinar,
mana mungkin mampu membawa lain
inikan lagi berjejak di pelampung hakikat,
sedangkan diri masih tempang berjalan
merangkak-rangkak di landasan nikmat
mana mungkin mampu bertakdir
inikan lagi yakin melakar kekosongan
semua rasa datang berteman ujian
mana mungkin menang firasat ditempuh duga
inikan lagi hilang bahasa dihakis saat
jika ini yg diletakkan tafsiran
sebelum mampu berjejak di atas daratan
sudah aku lemas dalam permainan
dalam 1 jasad adanya jiwa
adanya hati adanya akal dan adanya gila
belum bersatu dan sujud kesemuanya di atas jalan
tafsir aku mati sebelum sebenarnya aku mati
dan hidup aku berakhir sebelum pun
ianya patut bermula..
Allah..
antara 2 jalan seorang salik
ke dua nya tidak memudahkan
keduanya dalam seksa
2 jalan yg berbeza
satu dalam keinginan
dan satu dalam keterpaksaan
satu dalam kebebasan duniawi
dan satu dalam kongkongan duniawi
satu dalam derita pisikal
dan satu dalam derita rohani
adakah jalan ini akan tiba
di penghujung jalan pertemuan
dalam rempuhan batasan
seorang salik
Tuan,hamba Allah ini mengiktiraf Tuan sbgai guru.

