Ada sisi negatif kata Merdeka yang ditutup mata,
sejarah di lakar tulisan tangan golongan yang memegang takrif keadilan,
dan neraca yang menimbang sisi ini harus bebas dari rengkuhan,
timbangan yang telus bukan ukuran sekularisma
kerana silam kita lebih Islam ,
dan dahulunya pernah usaha kita pertahankan,
sehingga sampai masa mereka datang,
mereka tinggal pergi dan lukis semula sejarah,
dan mereka ajar kita apa itu kata-kata Merdeka..
mereka tanam Merdeka takrifan mereka
dalam kepala semua manusia
sedangkan darah nenek moyang merah membasah
yang mengajar sudah lama kita lupa
kita sudah engkar
mengapakah sebenarnya kita harus Merdeka..
Sampai hujung masa sekalipun
kita tidak akan menjumpai makna dan erti
sebenarnya apa itu Merdeka.
dan dengan kenapa adanya Hari Malaysia.
..
Sunday, 16 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

