Aku ini milik Allah S.W.T.

Wednesday, 5 December 2012

0 comments  


Ini iktikad ku.

Aku tidak bimbang akan keselamatan ku,
aku tidak bimbang dengan rezeki ku,
aku tidak bimbang dengan hayat ku.

Aku berusaha dan aku tidak jemu berfikir.

Aku lagi tidak Jemu yakin dan berserah.

Aku tidak letih berusaha.
Aku jatuh,Aku bangun dan Aku berjalan lagi.


‎"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah S.W.T
yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran)
dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh."

Al-A'raf: 196


Jika aku dimilik oleh Tuhan Yang Menguasai Alam,
adakah lagi yang boleh menggugat aku ?

Sememangnya kita semua milik Allah S.W.T.
Kita dicipta oleh Allah,dan hidup kerana Allah,
dan diciptakan untuk Beribadat kepada Allah.

tetapi,adakah kita sedar yakin dan bertakwa.

Adakah kita merasainya dengan Pancaindera ?

Dengan Hati ?

dengan Kashaf ?



Di dalam diri manusia

terdapat banyak 'Berhala'.

Banyak sekali 'Berhala'.

'Berhala-Berhala 'yang kita sekutukan dengan Nya.

Sangat Banyak sehingga keyakinan kita,

tidak lagi berdamping dengan Nya.


walaupun manusia

bersolat setiap waktu menghadap Nya.



InsyaAllah

0 comments  

sudah 3 kali atau mungkin lebih aku rasai pengalaman 'Maut' ini..

mungkin sudah masa aku tinggalkan sedikit penulisan tentang apa yang pernah berlaku kepada aku

dengan Izin Allah S.W.T selama ini..

semoga kelak ada sesiapa yang 'seperti aku'..

akan membaca tulisan ini..

dan memahami..

Allah S.W.T..

dan Kekuasaan Nya..

Hanya bergantung..

adakah KITA yakin dengan sepenuh Iktikad,Jasad,penumpuan dan HATI..

kepada Allah S.W.T,

atau hanya dengan SEBUTAN MULUT sahaja..

feels.

0 comments  

Kalau Manusia boleh merasai kedatangan Maut,
sudah pasti apa yang difikirnya
tidak pon lebih dari HARI INI.

Apabila AJAL yang menjenguk
dan TIADA HARTA,EMAS,KELUARGA
yang boleh menghalang KETAKUTAN ini.

Tiada apa yang difikirkan,
bahkan setiap saat sangat dirasakan berharga.
Tidak Tenteram dan penuh Gelisah.
Ini lah Maut yang datang menjenguk.
Dan manusia rasa dengan segala derianya,
yang Masanya telah pon tiba,
mungkin dalam saat yang paling dekat ini.

Bukan berpegang kepada Harta yang akan menenangkan diri dari Ketakutan ini,
Bukan berpegang kepada Kasih Sayang yang akan menenangkan dari Kegelisahan ini,
Bukan juga dengan mengingati Amal yang telah kau lakukan jika sememangnya ia Ikhlas,
Bukan juga dengan menutup fikiran kerana ia tidak akan mampu dilakukan,

yang akan menenangkan,
hanya 1,
iaitu PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T secara MUTLAK.
sehingga Redha dengan SEGALA KETENTUAN,
dan berserah kepada ALLAH S.W.T dengan sepenuhnya Sahaja.

bukan keluarga.
bukan harta.
bukan emas.

Hanya ALLAH S.W.T yang mampu menenangkan.
dan melepaskan diri dari KETAKUTAN yang MELAMPAU ini.

dan...


Aku antara orang yang telah merasainya..

dan selamat tiba sehingga ke Saat ini..