Ini iktikad ku.
Aku tidak bimbang akan keselamatan ku,
aku tidak bimbang dengan rezeki ku,
aku tidak bimbang dengan hayat ku.
Aku berusaha dan aku tidak jemu berfikir.
Aku lagi tidak Jemu yakin dan berserah.
Aku tidak letih berusaha.
Aku jatuh,Aku bangun dan Aku berjalan lagi.
"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah S.W.T
yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran)
dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh."
Al-A'raf: 196
Jika aku dimilik oleh Tuhan Yang Menguasai Alam,
adakah lagi yang boleh menggugat aku ?
Sememangnya kita semua milik Allah S.W.T.
Kita dicipta oleh Allah,dan hidup kerana Allah,
dan diciptakan untuk Beribadat kepada Allah.
tetapi,adakah kita sedar yakin dan bertakwa.
Adakah kita merasainya dengan Pancaindera ?
Dengan Hati ?
dengan Kashaf ?
Di dalam diri manusia
terdapat banyak 'Berhala'.
Banyak sekali 'Berhala'.
'Berhala-Berhala 'yang kita sekutukan dengan Nya.
Sangat Banyak sehingga keyakinan kita,
tidak lagi berdamping dengan Nya.
walaupun manusia
bersolat setiap waktu menghadap Nya.


0 comments:
Post a Comment