Mengapa.
Ada.
mereka-mereka berjalan patuh setiap hari,
mereka-mereka mudah berpakaian, berkenderaan
bersih dan tenang.
senang menghadap Tuhan yang Esa.
menghadap di Rumah-Nya.
Mengapa.
Sering mereka-mereka melihat sosok yang bergerak di jalanan.
pandangan mereka tidak bersih.
walau pakaian mereka bersih.
Mengapa.
mereka-mereka melihat sosok ini jelik.
kerana tidak tiba menghadir diri seperti mereka.
tidak menghadap Tuhan yang Esa seperti mereka.
tidak bersih kemas seperti mereka.
di Rumah-Nya setiap waktu seperti mereka.
Mengapa.
Sosok-sosok ini bekerja di dalam debu dunia.
menggilap debu-debu dunia.
cuba mengikhlaskan semua kerja
yang diberi kesempatan dalam setiap lintasan masa.
Mengapa.
Mereka-mereka lupa.
Nikmat semuanya adalah dari Nya.
Mereka-mereka bersih adalah kerana Nya.
Mereka-mereka tiba adalah kerana Nya.
Mereka-mereka mampu adalah kerana Nya.
Dan sosok ini meredah masa
adalah kerana Nya
sosok ini tidak mampu adalah aturan Nya
sosok ini berdebu adalah atas mampu Nya.
susahnya untuk percaya dan menerima/
Sosok ini begini adalah Ujian Nya.
dan Kesenangan mereka-mereka adalah Nikmat Nya.
Beribadat di Rumah Allah.
Dan akhirnya sampai satu saat.
sosok ini mendapati satu penghayatan dan kepuasan.
di dalam rengkuhan ujian.
walau dalam kekotoran dunia.
kesempitan ruang dan masa.
berseorang dan fakir.
Ibadat dirasakan lebih puas
dari semasa dalam kelapangan,
kebersihan dan ketenangan seharian.
dan tidak ia sebanding
walau keseluruhan harta di atas dunia,
Kerana sosok ini berusaha dan kenal.
Semuanya adalah Kerana Allah S.W.T.
dan akan cuba ia sekuatnya mematuhi
walau dalam rengkuhan kepayahan dan kesusahan.
Ya Allah.
Tidak mudah meniti di atas Jalan ini.
Tetapi.
Aku percaya mudah itu akan tiba
saat aku berjaya melepasinya.
Allah ..
Sunday, 7 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment