'Engkau akan Mengambil Aku'

Wednesday, 23 January 2013

 

Engkau berikan aku rasa menghadapi KEMATIAN.


Engkau berikan aku rasa berhadapan KEMATIAN.

dan ..

Engkau berikan aku rasa KEMATIAN.

dan ..

Engkau berikan aku rasa bersebati bersama KEMATIAN.



Engkau akan mengambil Aku.

Sudah dahulu aku lepaskan segala-gala.

Aku serahkan segala-gala kepada Mu.

dan pabila Engkau isyaratkan telah tibanya Masa aku ini.

Apa kah lagi perasaan yang tersisa dari dalam Hati aku.

Bukan Ketakutan kepada Maut yang diciptakan oleh Mu ya Allah.

Bukan ketakutan aku akan kehilangan Dunia ini,

Mahupun harta benda dan Kasih Sayang.



Aku Bimbang,

Jika telah tibanya Saat Aku,

Aku tidak akan boleh merasai Mu,

Aku tidak boleh lagi melihat Mu dengan Hati ku,

Aku tidak mampu lagi bersama Mu.


Ya Allah.

Jika ini lah perasaan berhadapan Maut yang Engkau ciptakan.

Dan Engkau juga telah mencabut Perasaan ini dari Diri Aku.

dan Janganlah Engkau mencabut Perasaan Cinta dan Pengabdian Mutlak aku kepada Mu Ya Allah..


Jika Dunia ini dicabut dari Jiwa aku sekalipun,

Aku tetap mahu Hidup hanya bersama Ingatan terhadap Mu

Ya Allah..


Ya Allah..

dalam zikir menyebut Nama Mu..

aku mengecapi..


'Allah akan Mengambil Mu'.


Allah...

dan Hanya Engkau lah aku kembali di akhirnya..

0 comments: