kesah.

Thursday, 8 December 2011

 

Banyak sudah pengkajian aku tentang pelbagai cabang ilmu..

metafizik,kerohanian,dunia..
rahsia alam,sejarah yang hilang..
pelbagai ilmu-ilmu dunia yang tidak kemana..
juga rahsia di dalam "rahsia"...
mungkin cukup banyak untuk seseorang seperti aku..

tapi ia terkadang lebih banyak menimbulkan persoalan
daripada jawapan kepada aku..

tidak semua mampu aku tahu..
tapi ia semua tidak mustahil untuk aku tahu..

Ketidakterhinggaan Ilmu Allah sangat hebat..
tidak jemu untuk aku menadah setitik dari dari titisan yang muncul
dari jutaan hujan yang turun..
membasahi bumi dan hati..
dengan rahmat dan pengetahuan..

ini menguatkan keyakinan aku..
menambahkan kekuatan dan kesabaran aku..

aku pernah mendoakan kepada Tuhan Pencipta Alam..
semasa aku masih berlum berupaya berfikir dengan serasional umur..

yang bila tiba saatnya aku mengimpikan
untuk menerima semua rahsia di dalam tabir alam
dan melihat semua yang tidak mampu aku tahu dalam hayat ku..

Dan Allah memberikan aku peluang..
Allah memberikan aku jalan..

untuk aku mencungkil sedikit rahsia yang aku ingin kan..
dalam keterbatasan..
aku semakin dahaga akan ilmu dan pengetahuan..
bukan lah kerana nama mahu pun keriakan..

cuma untuk mencapai..
untuk menggunakan anugerah Allah yang paling besar selain Keislaman ini..
iaitu Akal..

dengan sepenuhnya..
dengan sebaiknya..

menilai baik dan buruk dengan rasionalnya..
menilai hati..
menukar sifat kemarahan dari kepayahan ujian
menjadi kegembiraan hikmah..
mengawal nafsu dan keinginan..
seupaya mungkin..

dan keterhinggaan yang ingin aku capai..


adalah dalam Makrifat -Mu..

yang sebenar-benarnya..
dari secebis sudah cukup kenikmatannya..


tapi aku masih leka..
masih tewas dengan ujian masa..
masih lemah..

dalam pintu-pintu jasad yang terbuka..
aku mengidamkan ihsan dan fana
yang berkekalan..

sehingga mata aku terpejam selama-lamanya..
dan tidak aku sedari roh aku melayang keluar..
kerana hakikatnya..
jiwa aku ingin bersama Allah Tuhan yang Menguasai Alam..

Ampunkan semua kejahilan dan kelemahan aku Ya Allah..
Tunaikan lah permintaan aku..
walaupon ia datang dengan derita..

:(


0 comments: