kepada . . .

Friday, 9 December 2011

 

perasaan ini
sila tahan ia dengan sekuat kuderat anda.
Sila tahan pendirian ini
dengan pendirian yang terkumpul segala pendirian

anda tahu
yang ia tidak bermakna lagi
jangan buangkan masa anda
jangan buangkan lagi masa anda
dengan masa yang sudah cukup lama terbuang

ia bukan takdirnya bersama anda
ia hanya permainan kesukaan bersama
dan hilang tatkala kesedihan
ia hanya kepalsuan
tanpa keihlasan yang NYATA
ia hanya permainan yang tidak berperasaan

tidak cukup kah lagi bukti selama ini
dari mula hingga terakhir
pernahkah ia berubah
pernahkah ia diubah
apa yang anda rasa
bukankah ia adalah kepalsuan
bukankah ia adalah kepentingan
bukankah ia menafikan keadaan
dalam mencari makna bersama
suatu rintangan dan ujian

apakah pernah anda pinta
sesuatu yang lebih dari keihlasan

dan rasa itu
bukankah ia perlahan hambar dalam mata
bukankah ia perlahan hambar dalam kata-kata
bukankah ia yang anda lihat dulu
perlahan hilang dari fikiran
hilang dari tumpuan
dan mulai hilang dari perasaan

abaikan ia
dan abaikan ia
kerana ia tidak bermakna
dan langsung tidak bermakna
walau sedikit nafas

sedangkan 2 tahun masa sudah pon terhilang di rosakkan kepalsuan kata-kata
yang langsung tidak disokong rasa dan perbuatan.

peluang tidak lagi bermakna apa-apa
hargai sesaat anda
untuk kali ini dan selamanya

ia bukanlah Chinta,ia hanyalah PENIPUAN semata

dalam ke dua terbitnya yang terdua
sedar dan pegang lah ini

hidup dan mati anda
kini adalah kerana Nya..

terjun ke dalam sungai ujian mahupun
kawah kenikmatan
datang dengan dugaan

dan anda tahu semuanya lebih dari sesiapa

anda tahu ini lebih dari sesiapa
untuk kali ini..

wahai pengejar bayangan Allah..

Husrisal..


0 comments: