Ya Allah..
Nama Mu tidak akan kering dari ingatan dan sebutan lidah dan ingatan aku..
Sesunggunhnya aku ni mahluk kerdil yang lemah..
tidak mampu aku mengucapkan diri sebagai manusiya..
tidak mampu aku mengucapkan diri sebagai hamba..
kerana jika aku dinama Hamba kepada Tuhan yang Maha Esa..
seungguh Malu lah Tuhan yang Maha Esa memilik Hamba seperti aku..
Penuh kelalaian dari sifat ingatan dan pengabdian..
tetapi menukil dalam gelap sifat pencerahan..
mencari makna dari sifat ke 4..
mencari warid dalam kekotoran hati dan kacau bilau maksiat..
Buta kah aku melihat Sinar ?
Pejam kah aku melihat Maksiat ?
Bodoh kah Akal aku menilai Sifat ?
Tidak bertanggungjawab aku terhadap Hak
Tidak Adil aku menafikan Hak.
Dan Hak yang aku nafikan.
yg aku lalaikan adalah Hak kepada aku sendiri. :(
Hak ALLAH Tuhan yang Memiliki aku dan Segala Kekosongan.
Ya Allah..
Dan Hari ini aku tiba-tiba lemah..
Aku tewas dengan perasaan keduniyaan yang aku nafikan..
Aku tewas dengan permainan chinta dan kasih sayang yg sementara..
dan perasaan ini tidak membalikkan aku kepada Mu..
Aku sedar.
Yang jika ia berterusan,aku makin tewas..
aku makin tenggelam..
aku makin lalai dari mengingati Mu..
Dan setitik dari kekotoran dalam hati aku
kelak akn membanjiri menjadi selautan Dosa yang tidak mampu aku bersihkan lagi..
Ya Allah..
berikan aku kekuatan untuk menafikan..
sebagaimana pernah engkau tuturkan dalam redha kecintaan Hati terhadap Engkau..
Berikan aku kekuatan..
Sebagaimana Ali menceraikan Dunia..
Sebagaimana Rabiah hidup dalam saatnya..
Sebagaimana para wali dan Anbiya' yang mencintai Mu..
Sebagaimana Aku yang merasai lagi Chinta kepada Tuhan yang di Ingati Setiap Saat,Dengupan Jantung,Langkah dan Perbuatan Aku..
:(
Tatkala saat ini..
Perasaan ini bergolak..
Dan kenyataan duniyawi juga menolak..
Takdir sudah tertunjuk di dalam sejarah..
Dan sejarah sudah cukup mengajar aku supaya melupakan nya..
Dan sifatnya yg bertentangan dari perlakuan.
Dan Kasihnya tidak lah setinggi Ego dan Kedegilan yang dipertahankan..
Dan aku dengan warasnya sedar..
Yang sejarah tidak akan berubah...
sebagaimana sejarah 24 bulan tercipta..
mencipta fakta tentang kepalsuan chinta dan kedegilan perasaan..
Cukuplah.
Cukuplah Tuhan mengajar aku..
Yang dugaan akan menimpa jiwa..
dan itu adalah ujian
adakah aku akan memilih Jalan Tuhan mahupun Jalan Kelalaian.
Dan telah aku tewas dalam penilaian.
Aku mengertinya dengan pancaindera..
:(
Tidak patut aku menukil perasaan duniya..
yang mengeliru aku..
kerana semua telah berubah.
Semenjak aku bebas dari perasaan.
Aku bukan lah lagi Aku.
Ya Allah.Kekalkan aku di dalam dzauq ini..
Biarlah perasaan yang termuncul dari Roh aku.
Hanyalah perasaan yang terbit dari Redha Mu..
Dan Perasaan yang terbit kerana hanya Mu..
Dan Duniya dan seisi mahluknya tidak akan mahu aku hiraukan lagi..
Ya Allah..
Izinkan aku kembali lagi..
:(
kini..
Chinta bukan lah yg utama lagi bg aku..


0 comments:
Post a Comment