Mungkin ini adalah yang pertama dari yg pertama.
aku mengabaikan sinar dan mencoret pandangan yang khilaf.
smoga tulisan ini membawa aku mengenal diri aku ini
dengan lebih pada sifat dan pemikiran.
Sungguh rumit apa yg aku lalui..
untuk dikisahkan..
aku merasakan lagi..
konflik dalam diri dan personaliti..
1 aku yang wujud dalam sifat..
dari aku yang lalai.
Aku mengutamakan dunia,mengidamkan kenikmatan dunia..
dan aku menerima cinta dari manusia ke dalam hati aku..
sesungguhnya ia datang dengan 1 harapan..
yang cinta yang aku terima itu akan menerima aku
mengadaptasi aku ke dalam masa depan yang jika ditakdirkan
aku untuk bersama dengan nya..
bertolak ansur dan mencari erti sebenar kehidupan
mencari makna di sebalik perselisihan faham..
mencari kebahagian di sebalik pergaduhan..
menyayangi dan mencitai dengan seihklas hati..
semoga satu hari nanti
akan dapat aku bawa dia bersama
ke jalan mencari Allah
akan dapat aku bersama dengan dia bersama
mendekati Allah dengan perasaan
menolak semua kepalsuan dunia bersama
menyucikan hati dan segala kekesalan
..
Tetapi..
semakin hari aku lihat sinarnya menghilang..
lemahnya aku ini..tewasnya aku ini..
dan aku lihat perubahan yg ketara pada dia..
kerana hubungan ini kepada dia..
tidak lebih dan tidak lah kurang
seperti mana aku sangkakan.
sudah cukup harapan aku letakkan
sudah cukup usaha aku bekalkan..
dan akhirnya ia tetap gagal.
dan nyata ia satu kepalsuan.
terkadang rasa cinta itu datang
aku biarkan ia dalam gelap dunia
kerana ia tidak bermakna apa-apa..
walaupun masa jika mampu diubah..
tapi sikap,perangai dan takdir dia
dengan cukup segala syarat
menolak kewujudan erti sebenar cinta.
dan akhirnya aku mnegerti
walau pun sekuat mana aku harapkan..
sebanyak mana peluang aku berikan..
sedalam mana Cinta aku curahkan..
selama mana masa aku habiskan..
aku tidak akan dapat mengubah sesuatu yg bukan milik aku
yg bukan cintanya ikhlas kepada aku..
biarkan lah perasaan ini,akan terus terdiam disini.
selama mana masa aku mampu bertahan.
akan aku nafikan perasaan terhadap mahluk ini demi Tuhan.
2 dalam aku adalah alter..
yang muncul tatkala ia ingin tiba..
Ia adalah perasaan cinta yg hakikat..
cinta kpd makrifat..
asal usul kewujudan segala cinta..
perasaan ini menolak semua keduniaan dari dalam hati..
ia mengidamkan keagungan Allah..
pabila ia bergolak..
rasa bersalah aku timbul setiap hari..
kerana menafikan cinta sebenar yang mengiringi aku selama masa aku hidup..
aku idamkan kekosongan..
dan keabadian dlam keihlasan..
hanyut lemas dalam dunia aku..
wahdatul-wujud..
merasa Allah dngn pancaindera..
ia adalah sebenar-benar ihsan..
sejauh mana kah perasaan ini..
ia telah menafikan seluruh pemilikan aku..
kerana semuanya adalah datang
dicipta
dimiliki oleh Allah Tuhan Yang Memilik Segala-Gala..
hingga ia menafikan kewujudan aku..
Aku tidak nampak adanya sebab lain kewujudan aku..
melainkan menjadi hmab yang mencintai Tuhannya setiap hembusan saat dan tika..
mengisi segala pemikiran dgn ingatan yg sebenar-benar tulus dan ikhlas
dan menafikan semua yg wujud tercipta..
ia menafikan segala hubungn mahluk..
segala perbatasan mahluk..
rasanya berdampingan dgn ALlah S.W.T..
dan setiap bait doa itu
memecahkan segala rasa yang hadir..
dan cinta kepada rasul itu dirasai dgn hakikat..
kerana ia bersama Allah yang memebri segala rasa..
Di mana hidup aku ini terisi dgn perasaan kepada Nya..
dan menghilangkan segala perasaan dan nafsu..
membatasi segala keinginan..
seperti mana dalam solat..
kehidupan itu sudah menjadi seperti satu ibadat..
yang diniatkan kepada Allah..
ikhlas dan luhur semata-mata..
bkn kerana Syurga dan pahala Nya..
dan juga bukan kerana Neraka dan dosa Nya..
Ia satu titik yang berada di tengah..
hanya separuh mampu ditulis.
dan huraiannya tertinggal di dalam hati..
apa yang berlaku..
mungkin tidak mampu aku hadapi..
tp..
terkadang aku sesat memilih jalan yg khilaf
dan terkadang aku buta melihat sinar yang beserta
Aku akan tetap meletakkan Allah sebagai tujuan utama
keyakinan,kebesaran dan pengabdian
penyerahan yang tiada bandingnya
sehingga hujung nafas aku..
dengan harapan ataupun tidak
tetapi dgn keyakinan
yang Allah..
adalah segala yg melebihi segalanya untuk aku..
:(
Tuesday, 20 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment