bisik.

Wednesday, 17 March 2010

 

Sangat-sangat susah nak menyucikan hati ini,untuk membuang semua keinginan dunia dari dalam fikiran.Sesekali ia tercapai,sangat- sangat-sangat susah jasad untuk menjaga dan menampungnya. Kadang-kadang aqu merasakan bersendirian itu lebih baik kerana minda ku sedar & celik ALLAH S.W.T itu tidak pernah terasa paling hampir melainkan ketika itu .

Umpama sedang solat,aqu rasakan pertalian dengan ZAT yang MAHA ESA itu sangat dekat hinggakan fikiran ku tidak mempunyai secebis kerunsingan lagi.Semua kebimbangan hal duniya hilang lenyap segalanya,apabila penaung hati yang takut itu sendiri adalah ALLAH YG MAHA ESA.Sehingga kekadang MATI itu tidak dirasakan takut .yang dirasakan itu adalah RINDU.Rindukan kematian, rindukan ALLAH.

Namun HATI sedar yang jasad masih dan kembali leka.xmampu menjaga dirinya sendiri.xmampu menahan dugaan duniyanya.semakin menghampiri zat yang Maha Esa,semakin besar dugaan yang diterima.

semoga 1 hari nanti,jasad yang lalai ini mampu kekal menjadi diri sendiri lagi.KEKAL.KEKAL dan KEKAL dan terus KEKAL SELAMA-LAMANYA.

0 comments: